Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

SyafieBy Syafie31/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12

HONDA Malaysia menutup 2025 dengan prestasi kukuh menerusi jualan 72,301 unit kenderaan, sekali gus menguasai 8.8 peratus pegangan pasaran.

Pencapaian itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai jenama nombor satu dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional buat 12 tahun berturut-turut, satu rekod yang sukar ditandingi dalam industri automotif tempatan.

Prestasi memberangsangkan itu disumbangkan portfolio produk seimbang, permintaan tinggi terhadap teknologi hibrid dan kepercayaan berterusan pengguna Malaysia terhadap jenama Honda.

HR-V, City dan CR-V Jadi Tulang Belakang Jualan

Daripada keseluruhan jualan 2025, tiga model utama Honda menyumbang bahagian terbesar iaitu:

  • HR-V – 25 peratus
  • City – 24 peratus
  • CR-V – 15 peratus

Permintaan konsisten terhadap sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) mencerminkan kekuatan Honda dalam memenuhi keperluan pelbagai segmen pengguna, walaupun persaingan pasaran semakin sengit.

Teknologi Hibrid Jadi Pemacu Utama

Honda Malaysia turut mencatatkan sumbangan signifikan daripada barisan model hibrid e:HEV, dengan HR-V dan CR-V hibrid masing-masing merangkumi lebih 30 peratus jumlah jualan hibrid pengeluar itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, 2025 menandakan 21 tahun pengenalan teknologi hibrid Honda di Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen pengeluar terhadap elektrifikasi praktikal dan mampan.

Menurutnya, pengembangan model hibrid merentasi segmen utama kekal sebagai keutamaan bagi menawarkan pengalaman pemanduan menyeronokkan, cekap dan mesra alam kepada pelanggan.

Kepercayaan Pelanggan Jadi Asas Kejayaan

Honda lancar Kempen 'Because of You'

Honda Malaysia menegaskan, kejayaan 2025 adalah hasil hubungan jangka panjang yang kukuh dengan pelanggan, disokong reputasi jenama, kebolehpercayaan produk dan perkhidmatan selepas jualan yang konsisten.

Keyakinan itu terus diperkukuh menerusi kempen ‘Because of You‘ sempena ulang tahun ke-25 Honda Malaysia yang dilancarkan Oktober 2025. Kempen berkenaan menampilkan cabutan bertuah selama tiga bulan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia.

Pemenang Bertuah Bawa Pulang City RS, HR-V

Honda Malaysia turut mengumumkan dua pemenang terakhir kempen ‘Because of You’ bagi Disember 2025, yang masing-masing membawa pulang:

  • Honda City 1.5L RS
  • Honda HR-V 1.5L T V

Kedua-dua pemenang menyatakan keyakinan terhadap jenama Honda, sama ada dalam pemilikan kenderaan elektrik atau model enjin pembakaran dalaman, sebagai faktor utama memilih Honda.

Asas Kukuh Fasa Pertumbuhan Seterusnya

Dengan prestasi perniagaan yang berdaya tahan, permintaan kukuh terhadap barisan model semasa dan hubungan pelanggan yang semakin erat, Honda Malaysia yakin berada pada landasan tepat untuk melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Dipacu semangat Challenging Spirit, Honda Malaysia kekal komited menawarkan teknologi yang relevan, selamat dan praktikal kepada rakyat Malaysia.

Auto Terkini Honda City Honda CR-V Honda HR-V Honda Malaysia Jenama Bukan Nasional No 1
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.