• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda HR-V (2021) Serba Baharu Laris di Jepun, Sasar 5k, Jual 32k Unit!

Honda HR-V (2021) Serba Baharu Laris di Jepun, Sasar 5k, Jual 32k Unit!

May 31, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS sebulan Honda Jepun memperkenalkan generasi baharu Vezel (dipanggil HR-V di Malaysia) di beberapa pasaran, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mencatatkan jualan enam kali ganda dalam tempoh sebulan berbanding sasaran asal.

SUV segmen-B itu, yang menerima pembaharuan luaran dan dalaman, turut memintas jualan hatchback segmen-B popular, Fit (juga dikenali sebagai Jazz) dalam tempoh sebulan sahaja.

Anggaran asal Honda mengenai jualan HR-V baharu cuma 5,000 unit sebulan, tetapi angka itu melonjak hingga 32,000 unit sepanjang bulan pertama, manakala jumlah jualan Jazz serba baru 31,000 unit.

Apa menarik perhatian, HR-V versi hibrid, e:HEV menjadi varian paling menarik perhatian pembeli. Berdasarkan data jualan, hanya 7 peratus pelanggan membeli HR-V versi petrol, iaitu varian G, manakala selebihnya membawa pulang versi e:HEV, iaitu sama ada X, Z dan Play.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM86.6k!

Premium sunlight white pearl
Platinum white pearl 

Warna paling laris ialah platinum white pearl (putih), diikuti crystal black pearl (hitam) dan premium sunlight white pearl (putih). Majoriti pelanggan Jepun memilih varian Z, iaitu 75 peratus daripada jumlah jualan HR-V, diikuti Play (12 peratus) dan X (5 peratus).

BACA >>> #TahukahAnda: Kelebihan dan Kekurangan Sedan AWD

Mengenai jenis pacuan, ramai pelanggan cenderung memilih model pacuan roda depan (FWD), iaitu 81 peratus berbanding baki 19 peratus memilih pacuan semua roda (AWD).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

Sambutan luar biasa itu menyebabkan ramai pembeli perlu menunggu lama untuk mendapatkan kenderaan masing-masing. Misalnya, HR-V e:HEV Play cuma akan tiba ke tangan pelanggan menjelang tahun depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Benda yang Perempuan Selalu Simpan dalam Kereta?

Selepas Jepun, HR-V serba baharu itu dijangka diperkenalkan Thailand penghujung tahun ini. Namun tiada perkembangan terbaharu mengenai jiran Asean lain, termasuk Malaysia.

BACA >>> Populariti SUV Jejaskan Alam Sekitar?
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020
BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Kayu untuk Kemasan Kabin Kereta yang Perlu Anda Tahu

honda hrv new
honda hrv japan (2021)13
honda hrv japan (2021) 7
honda hrv japan (2021)12
honda hrv japan (2021)
honda hrv japan (2021) 1
honda hrv japan (2021) 2
honda hrv japan (2021) 14
honda hrv japan (2021) 3
honda hrv japan (2021) 4
honda hrv japan (2021) 5

SUMBER: AutoNetMagz

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda HR-V (2022), Honda Vezel (2022) Jepun, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV HR-V baharu, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my