Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda HR-V (2021) Lancar di UK, Cuma Varian Hibrid, Harga Bermula RM158k!
Roda4

Honda HR-V (2021) Lancar di UK, Cuma Varian Hibrid, Harga Bermula RM158k!

Abang HirataBy Abang Hirata03/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKABENTUK adalah perkara subjektif. Ada rekabentuk yang sekali pandang, terus mata terpikat, dan ada juga rekabentuk yang mengambil masa untuk dihargai.

Model-model baharu Honda berada dalam kategori kedua. Misalnya, HR-V generasi ketiga yang dipengaruhi gaya malar segar (timeless) apabila kurang mengetengahkan elemen bentuk dan garis agresif.

BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju

HR-V baharu diperkenalkan di peringkat global pada Februari 2021 dan kini mula diperkenalkan di beberapa negara.cTerbaru HR-V dilancarkan di Britain dan Honda mempunyai stratergi tersendiri di negara Eropah itu.

Tiada varian petrol 1.5L i-VTEC aspirasi normal (NA) diperkenalkan, sebaliknya pengguna di sana bakal menikmati trenkuasa hibrid menerusi varian HR-V e:HEV (hybrid electric vehicle).

Pengenalan trenkuasa hibrid itu adalah langkah terkini Honda dalam menawarkan model elektrifikasi untuk semua model penumpang jenama itu di Eropah menjelang 2022.

Apa yang menarik tentang HR-V e:HEV ?

  • Penggunaan petrol hanya 4.49 liter per 100km mengikut keputusan ujian prosedur ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTP).
  • Enjin e:HEV terdiri daripada dua motor kompak berkuasa tinggi yang dipadankan enjin kitaran Atkinson 1.5L DOHC i-VTEC (L15Z).
  • Transmisi jenis gear tetap.
  • Output gabungan kuasa 129hp (96kW) dan tork 253Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 10.6 saat.
  • Kadar emisi karbon CO2 – 122g/km (WLTP).
  • Bateri litium-ion dengan 60 sel.
  • Ada tiga mod pemanduan dikawal Unit Kawalan Elektronik (ECU) pintar.
  • ECU itu secara automatik dan berterusan menukar operasi pemanduan antara Elektrik, Hibird atau Pacuan Enjin mengikut mod pemanduan paling cekap bahan api.

Dari segi rekabentuk, HR-V baharu masih mengekalkan konsep asas generasi terdahulu. Dari luar, jelas Honda mementingkan aspek keluasan ruang kabin. Melihat gambar diberikan jelas menunjukkan cara Honda menyerlahkan falsafah Man-Maximum, Machine Minimum.

Selain ruang dalam luas, perubahan paling jelas ialah papan pemuka ringkas dan minimalis. Ini sangat berbeza jika dibanding Civic generasi ke-8 yag mana klsuter instrumen dibuat bertingkat dengan kokpit pemandu ala jet pejuang.

Walaupun HR-V bukan Civic, model Honda terdahulu biasanya hadir dengan papan pemuka tersendiri.

Di Britain, HR-V ditawarkan dalam tiga varian, Elegance, Advance dan Advance Style.

Varian asas Elegance dilengkapi lampu LED, kerusi depan dengan pemanas, rim aloi 18 inci dan konektiviti telefon pintar sebagai ciri standard. Harganya? £26,960 (RM158,360). Jika mengambil kira nilai mata wang negara kita, harga itu berada pada segmen premium.

HR-V Advance pula ditambah pintu but elektrik ‘Walk Away Close and Handsfree access’, stereng dengan pemanas dan kemasan dalaman kulit sintetik dan fabrik. Harga varian ini £29,210 (RM171,570).

Varian tertinggi HR-V Advance Style lebih istimewa dengan tambahan audio premium, warna dwi-tona dan perincian warna jingga pada ruang dalam. Harga pula paling tinggi, £31,660 (RM185,960).

Pada harga premium, kami tidak boleh pastikan sama ada boleh dijadikan penanda aras sekiranya HR-V e:HEV dibawa masuk ke pasaran Malaysia.. Rujukan paling hampir apabila Honda membawa masuk HR-V ke pasaran Thailand dan Indonesia.

BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?

Crossover e:HEV hibrid Honda Honda HR-V Honda HR-V e:HEV Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV WLTP
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.