Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Forza 350 2025 Diperkenal di Eropah dengan Panel Meter TFT Baharu, Pilihan Varian SE
Roda2

Honda Forza 350 2025 Diperkenal di Eropah dengan Panel Meter TFT Baharu, Pilihan Varian SE

Abang HirataBy Abang Hirata10/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA NSS250 atau Forza menerima sambutan baik di pasaran tempatan. Selain kapasiti 250cc, Forza juga mempunyai beberapa lagi model sama seperti 125, 350 dan 750 cc.

Bagi pasaran Eropah, Honda baru saja memperkenalkan Honda Forza 350 2025 dengan rekabentuk kekal sama kecuali beberapa perubahan melibatkan fungsi dan piawaian emisi.

Visor elektrik dengan suis pada hendal kiri boleh dilaras sebanyak 180mm untuk perlindungan daripada tamparan dan bunyi angin dari depan.

Antara perubahan ketara Honda Forza 350 2025 ialah panel meter TFT 5 inci baharu dengan tahap penglihatan lebih baik ketika siang.

Panel meter itu juga boleh disambungkan kepada telefon pintar menggunakan aplikasi Honda RoadSync untuk menggunakan aplikasi navigasi atau melayari muzik. Fungsi pada panel dikawal menggunakan suis empat arah dengan nyalaan belakang.

Lampu signal belakang ada fungsi batal Isyarat Henti Kecemasan (ESS) yang mana ESS berfungsi apabila modulator Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mengesan situasi brek mengejut sebelum mengelipkan lampu signal sebagai amaran kepada kenderaan sekeliling.

Selain berfungsi sebagai suis penghidup dan mengunci ruang barang, Kunci Pintar Forza juga digunakan untuk kotak barang belakang pintar 45 liter yang ditawarkan sebagai pilihan pembelian.

Kotak tidak dikunci apabila Kunci Pintar berada dalam poket, sebaliknya dikunci automatik apabila penunggang bergerak jauh. Supaya tidak menjejaskan ruang dalaman, mekanisma aktuator kotak ditempatkan pada belakang badan.

Ruang bawah pelana boleh memuatkan dua helmet muka penuh yang kini dilengkapi lampu pencahayaan. Kotak simpanan depan sebelah kiri pula boleh digunakan untuk menyimpan telefon atau botol air. Juga dilengkapi soket USB Type-C.

Berikut spesifikasi Honda Forza 350 2025:

  • Enjin 4-lejang 330cc eSP+ SOHC dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI menghasilkan 29.2ps @ 7,500rpm dan tork 31.5Nm @ 5,250rpm.
  • Kelajuan tertinggi 137kmj dan pecutan 0-200 meter mengambil masa 10.4 saat.
  • Kapasiti tangki petrol  11.7 liter boleh ditunggang sejauh 340km.
  • Enjin dilengkapi kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang berfungsi mengesan perbezaan halaju antara roda depan dan belakang dan membuat kiraan nisbah gelinciran sebelum mengawal daya kilas enjin menerusi suntikan bahan api untuk mendapatkan semula cengkaman roda belakang.
  • Ciri HSTC boleh dihidup dan dipadamkan menggunakan suis pada hendal kiri. yang mana indikator huruf T pada panel meter akan berklip apabila sistem sedang beroperasi menguruskan cengkaman.
  • Unit kawalan enjin (ECU) kini ada tetapan baharu dan Honda turut merombak dalaman struktur peredam ekzos selain pemangkin (catalyser) dipertingkat serta ada tambahan sensor SO2 supaya patuh regulasi Euro5+.
  • Menggunakan pelaras rantai (sepit udang) rigid 35mm dengan jarak gerak 100mm.
  • Di belakang, dua absorber boleh laras 7-tetapan dengan jarak travel 115mm.
  • Brek cakera tunggal 256 mm dengan kaliper 2-piston Nissin di depan, dan cakera 240mm  dengan kaliper piston tunggal (belakang), juga daripada Nissin. Tidak dilupakan ciri ABS dwi saluran.
  • Rim aluminium 15 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
  • Ada warna baharu, Carnelian Red Metallic (merah), iaitu tambahan kepada Pearl Falcon Gray (kelabu), Pearl Nightstar Black (hitam)dan Mat Pearl Cool White (putih).
  • Versi edisi khas, Honda Forza 350 Special Edition pula dalam warna Mat Cynos Gray Metallic (kelabu) dengan grafik dan sulaman benang merah.
Honda Honda Forza Honda Forza 350 Honda Forza 350 (2025)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.