Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!
Roda4

Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!

Abang HirataBy Abang Hirata27/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM artikel sebelum ini kami paparkan sebuah projek Honda CR-V berkuasa 800hp. Rupanya Honda berkongsi lebih banyak maklumat yang mana projek tersebut dibuat sempena perlumbaan IndyCar.

Kereta lumba dengan unit kuasa hibrid akan digunakan dalam siri perlumbaan NTT IndyCar Series 2024. Sebelum musim baharu bermula, Honda mendedahkan kepada peminat mengenai teknologi yang digunakan pada Honda CR-V Hybrid Racer.

BACA >>> Projek Ekstrem Lain daripada Lain, Honda CR-V Hybrid Racer Ini Mampu Ledak 800hp!
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand

Projek itu diilham dan direka pasukan jurutera Honda Performance Development (HPD) di California, Amerika Syarikat (AS) dan pasukan pereka dari Bahagian Rekabentuk Auto Amerika Utara (NAAD). Model itu dibina Honda of America Racing Team (HART) di Pusat Pembangunan Automotif Honda (ADC) di Ohio, AS.

Dengan nama projek ‘The Beast’, Honda CR-V Hybrid Racer dijana enjin 2.2L turbo kembar dan transmisi 6-kelajuan XTRAC. Pakej elektrik terdiri daripada sistem simpanan tenaga super kapasitor daripada Skeleton dan unit generator motor elektrik Empel.

Semua pakej teknologi itu dimuatkan dalam badan Honda CR-V Hybrid (2023) yang direka semula NAAD. Model raksasa itu menggunakan bahan api lumba Shell 100 peratus boleh diperbaharui. Sebagai makluman, projek tersebut juga dijadikan Honda dan HPD sebagai makmal bergerak untuk pembangunan teknologi elektrifikasi.

Honda CR-V Hybrid Racer menggunakan casis tiub besi Chromoly dan dari bahagian garis baharu (beltline) ke atas kekal dengan badan keluli CR-V baharu termasuk cermin depan, tingkap dan bumbung suria.

Bahagian bawah dibuat daripada komposit karbon dengan kit aerodinamik agresif seperti spliter dan gerbang roda lebar. Bahagian belakang pula tampil agresif dengan spoiler besar dan difuser.

Projek ekstrem berkenaan diserlahkan lagi dengan balutan yang mempunyai lakaran trenkuasa dan litar lumba IndyCar hasil rekaan pereka kanan, Lili Melikian.

Satu lagi yang dikongsi, Honda CR-V Hybrid Racer membawa gaya jentera lumba GT dan jentera rali Group B era 80-an dan 90-an.

Spesifikasi Honda CR-V Hybrid Racer

Trenkuasa

  • Enjin Honda HI23TT 2.2L turbo kembar V6 dengan pengecas turbo Borg Warner EFR7163.
  • Unit Kawalan Enjin (ECU) Tag 400i McLaren Applied Technologies.
  • Port trotel kawalan Drive-by-Wire.
  • Bahan api luma Shell 100 peratus boleh diperbaharui.
  • Unit generator motor elektrik Empel pengaktifan pemandu.
  • Sistem simpanan tenaga super kapasitor Skeleton.
  • Transmisi 6-kelajuan XTRAC dengan pedal syif Mega-Line.
Casis dan Badan
  • Frem casis tiub besi Chromoly.
  • Badan Honda CR-V generasi keenam dari bahu ke atas.
  • Cermin depan dan tingkap sisi Honda CR-V Hybrid.
  • Kit badan gentian karbon.
  • Pintu jenis butterfly half-cut untuk pemandu dan penumpang.
  • Badan belakang jenis clamshell.
  • Radiator daripada jentera Dallara IR-18 Indy yang diubah suai HPD.
Suspensi

  • Suspensi depan Acura NSX GT-3 Evo22 yang dibangunkan HPD.
  • Suspensi belakang diubah suai daripada jentera Dallara IR-18 Indy.
  • Brek depan Brembo saiz 380mm daripada Acura NSX GT-3 Evo22.
  • Brek belakang Brembo saiz 355mm yang diubah suai dan dipadankan pada suspensi belakang Dallara IR-18.
  • Tayar musim panas Firestone Firehawk Indy 500 Ultra-High Performance.
  • Tayar depan saiz 285/35-20 dan belakang saiz 305/35-20.
  • Rim 2Elle Engineering 20×10.5 di depan dan two-piece 20×11 (belakang).

BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid

Honda Honda CR-V Honda CR-V Hybrid Honda CR-V Hybrid Racer Honda of America Racing Team (HART) Honda Performance Development (HPD) Lili Melikian Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Auto Terkini

    Diesel Mahal, Toyota Hilux BEV Mampu Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
    Auto Terkini

    Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.