• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Type R Mugen dengan Bonet, Spoiler Karbon Harga RM99k

Honda Civic Type R Mugen dengan Bonet, Spoiler Karbon Harga RM99k

July 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIRA-kira 18 bulan selepas ditayangkan dalam bentuk prototaip, Honda Civic Type R Mugen dipersembahkan secara lengkap. Kali pertama model sentuhan divisyen permotoran Honda itu didedahkan kepada dunia adalah pada Januari 2019 sempena pameran Tokyo Auto Salon.

Model pengeluaran itu nampak sama seperti versi prototaip dengan penambahan beberapa ciri visual baharu. Dari depan, kemasan Mugen dapat dilihat pada spliter baharu, pelindung ambilan udara berbeza dan bonet gentian karbon dengan ventilator udara.

BACA >>> Renault Mégane R.S. Trophy-R Pecah Rekod Type R Lagi, Kini di Spa-Francorchamps Pula

Jangan terkejut, harga bonet saja dianggarkan bernilai 1.1 juta yen (RM43,720). Selain itu, Mugen juga menampilkan rim 20 inci hitam dan perak, skirt sisi tambahan dan perumah cermin sisi baharu. Rekabentuk belakang diserlahkan dengan padanan lampu unik dengan grafik tersendiri, difuser baharu dan dwi-paip ekzos baharu, berbeza daripada set tiga paip pada Type R standard.

Pengubahsuaian bahagian belakang paling jelas adalah pemasangan spoiler kustom boleh laras manual. Spoiler itu pula berharga 1 juta yen (RM39,720) jika memilih bahan gentian kaca, dan 1.4 juta yen (RM55,660) untuk gentian karbon.

BACA >>> Toyota Corolla GR Sport (2019) yang Sporty, Minimalis dan Ada Kelas!

Modifikasi lain melibat kemasan gentian karbon dan stereng kulit, kerusi buket Alcantara Recaro, quick shift dengan modifikasi return spring, tombol gear aluminium, karpet lantai baharu dan punat penghidup Mugen. Malah, Mugen turut menawarkan alat ganti aftermarket seperti penapis minyak, rawatan minyak enjin dan pad brek.

BACA >>> #BikinKereta: Integra DC2 Type R vs Civic EK9 Type R
BACA >>> Honda Civic Type R LEGO Saiz Penuh Ini Dibina dengan 320,000 Bongkah dan 1,300 Jam

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic Type R, Honda Civic Type R Mugen, hot-hatch, Roda4, sedan segmen-C, Tokyo Auto Salon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my