Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Type R (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM399,900!
Roda4

Honda Civic Type R (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM399,900!

Han OthmanBy Han Othman27/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini rasmi melancarkan model paling dinanti ramai, Honda Civic Type R (2023) serba baharu untuk pasaran tempatan pada harga RM399,900, atas jalan tanpa insurans.

Ketibaan hot-hatch itu juga meletakkan Honda Civic Type R (2023) serba baharu sebagai model paling berkuasa pernah dijual Honda Malaysia.

Serentak pelancaran itu juga tempahan Honda Civic Type R (2023) serba baharu dibuka kepada orang ramai yang mana hanya 19 unit dijual kepada pelanggan yang membuat pembelian tahun ini.

Unit selebihnya pula, dan lebih banyak lagi akan tiba pada 2024. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Civic Type R memuatkan DNA teras Honda, iaitu semangat perlumbaan dan pada masa sama memanfaatkan akar mendalam kami untuk berterusan menjangkaui diri sendiri dalam apa saja kami buat dan hasilkan.

“Civic Type R bukan baru di Malaysia kerana kami pernah perkenalkan pada 2007. Kini ada lebih 600 pengguna Civic Type R seluruh negara.

“Hot-hatch serba baharu yang dilancarkan hari ini dihasilkan untuk memberikan prestasi mengujakan di jalan raya dan trek lumba.

“Dengan kuasa dan rupa menakjubkan yang dijual dalam unit terhad dan eksklusif, Civic Type-R serba baharu ini pasti ada tempat yang menyerlah di pasaran.”

Berikut spesifikasi Honda  Civic Type R (2023) serba baharu:

  • Mendapat gril depan fungsional yang dibuka untuk aliran udara, outlet fender depan yang mampu mengurangkan tekanan tayar untuk membolehkan udara mengalir lancar ke sisi, dan kemasa sil sisi untuk meningkatkan kecekapan aliran udara di depan tayar belakang.
  • Spoiler aluminium belakang direka semula, dan difuser belakang baharu dipasang untuk memberikan kestabilan tinggi, meningkatkan daya mendap (downforce) dan meminimum seretan (drag) aerodinamik untuk prestasi cemerlang.
  • Ciri unik lain ialah rim 19 inci Matte Black, dan lencana eksklusif Type R dengan logo Honda merah pada grilo depan dan but belakang.

  • Di sebalik bonet tersimpanenjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 319ps (317hp) dan tork 420Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.5 saat.
  • Ada empat mod pandu: Comfort, Sport, +R dan Individual yang boleh dikustom pemandu.
  • Kokpit direka berasaskan konsep Antaramuka Mesin Manusia (HMI) yang menumpukan aspek kejelasan tinggi, dan pemanduan terbaik, terutama bawah pemanduan halaju tinggi.
  • Tema kabin menggabungkan tona merah dan hitam dengan karpet merah dan kerusi sport Type R.
  • Kerusi depan menggunakan material baharu dengan sentuhan gradasi merah untuk meningkatkan keselesaan dan menambah sokongan.
  • Konsol tengah aluminium dan tombol gear memberikan fiil anjakan terbaik selain menambah ciri sporty, dan tidak dilupakan plat Type R pada ruang dalaman.
  • Ciri lain diberikan ialah unit ifntoainement Advanced Display Audio 9 inci, pengecas wayarles, kamera undur multisudut, lapan beg udara, sensor parkir depan dan belakang, aplikasi Honda CONNECT dan teknologi bantuan pemandu Honda SENSING terkini.
  • Championship White menjadi warna ikonik untuk model Honda Civic Typer R (2023) serba baharu pasaran Malaysia.
  • Ciri unik lain diberikan ialah aplikasi Honda Log R yang direka untuk pemandu merekod dan menambah baik masa lap terbaik ketika memandu trek.
  • Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
All New Honda Civic Type R (2023) Honda Civic Type R 2023 Honda Malaysia hot-hatch Roda4 Sedan Prestasi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

09/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

08/05/2026
Auto Terkini

Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

08/05/2026
Roda4

Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

08/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie08/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

By Han Othman06/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.