Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
Auto Terkini

Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k

Han OthmanBy Han Othman31/03/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Thailand dan Vietnam, negara jiran Indonesia menjadi negara Asean ketiga melancarkan Honda Civic Type R (2023) serba baharu, diperkenalkan pengedar rasmi kenderaan Honda di Indonesia, Honda Prospect Motor (HPM) di Jakarta, semalam.

Sedan prestasi itu dikatakan antara mesin paling buas dalam famili Civic.

BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Habis Tempah Tidak Sampai 24 Jam
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!

Pengarah Inovasi Perniagaan, dan Jualan & Pemasaran HPM, Yusak Billy berkata;

Honda Civic Type R terbaharu dibangunkan menjadi model paling baharu daripada versi terdahulu dan belum pernah ada. Sejak dilancarkan, model ini juga langsung mendapat pelbagai penghargaan, salah satu ialah Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2022.”

Honda Civic Type R (2023) serba baharu terlebih dulu melakukan debut global pada 2022, dan baru sekarang dibawa masuk ke negara jiran tersebut.

Honda Civic Type R (2023) serba baharu ialah generasi Civic yang ke-11. Model ini tampil lebih matang, dan lebih aerodinamik.

Dengan bentuk fender lebar yang disepadukan bersama badan, rekabentuk sedan prestasi dihasilkan untuk memberikan aliran udara lancar tanpa halangan sepanjang panel badan.

Saiz rim lebih kecil daripada Type R lama, iaitu 19 inci, dan kelihatan kelibat kaliper brek Brembo merah. Bahagian badan tersemat skirt sisi untuk aura sporty, manakala rupa belakang dipasangkan spoiler besar dan difuser baharu yang disepadu dengan bahagian bawah untuk efek aerodinamik.

Sistem ekzos triple-exit dipertahan, tetapi diameter bukaan paip tengah lebih besar. Bahagian ambilan udara juga lebih besar dan ditambah dengan spliter.

Ruang kabin pula sinonim denfan gaya tipikal Type R kerana susunan papan pemuka  hampir sama dengan Civic RS. Cuma kemasan untuk versi Type R lebih menarik menerusi kemasan merah dan hitam untuk aura sporty.

Melengkapi Honda Civic Type R (2023) ialah set kerusi buket merah berserta logo Type R, manakala stereng dibalut material sued Alcantara dengan sulaman benang merah.

Honda Civic Type R (2023) dijana enjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 315hp dan tork 420Nm dengan transmisi manual 7-kelajuan.

Model ini turu dilengkapi teknologi dan sistem keselamatan canggih seperti Honda SENSING, termasuk mod pemanduan lebih lengkap seperti Comfort, Sport, +R dan Individual.

Mengenai harga, Honda Civic Type R (2023) dapat dimiliki pada harga Rp1,399,000,000 (RM411,835).

BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997
BACA >>> Honda Tidak Tolak Kemungkinan Hasilkan Civic Type R Versi Hibrid

SUMBER: Kompas

Auto Terkini Honda Civic Type R Honda Civic Type R 2023 Honda Prospect Motor (HPM) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
Auto Terkini

Chery Serah Tiggo Cross HEV kepada Pemenang Cabutan Bertuah!

25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

25/02/2026
Pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye
Auto Terkini

F-16 Turkiye Terhempas Penerbangan Malam, Juruterbang Maut

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.