Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CB150X (2022) Versi CBU Tiba di Vietnam, Harga RM15.2k!
Roda2

Honda CB150X (2022) Versi CBU Tiba di Vietnam, Harga RM15.2k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/03/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA CB150X (2022) nampaknya sudah tiba di Vietnam. Bagaimanapun, model advencer itu bukan produk baharu dilancarkan Honda Vietnam, tetapi diimport dan diedarkan pengedar persendirian di bandar Thu Duc.

Motosikal itu ialah model import (CBU) dari Indonesia dan kiriman pertama melibatkan 300 unit dalam dua pilihan varian: Standard dan Special Edition (SE), manakala harga jualan 83 juta dong (RM15,240).

BACA >>> Honda CB150X (2022) Lancar di Indonesia, Harga RM9.3k!

Berikut perincian CB150X (2022):

  • Satu-satunya model segmen advencer kelas 150cc di pasaran Vietnam.
  • Memiliki berat 139kg. Dimensi panjang 2,031mm, lebar 796mm dan tinggi 1,309mm, manakala jarak roda 1,315mm.
  • Rekabentuk banyak dipengaruhi CB500X dengan visor angin depan dan dua lubang skru untuk dipasangkan nombor plat.
  • Sistem LED penuh untuk lampu depan dan belakang. Unit lampu belakang menggunakan penutup plastik lut cahaya, dipanggil albino.
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.16cc penyejukan cecair berkuasa 15.6hp @ 9,000rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.
  • Sistem suspensi mirip dirtbike CR150F, iaitu fork terbalik (USD) Showa SFF-BP dengan travel 150mm di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem henti cakera tunggal dengan kaliper dwi-piston Nissin di depan dan cakera tunggal dengan kaliper Nissin piston tunggal (belakang). Rim aloi 17 inci.
  • Panel meter digital monokrom mirip kebanyakan model Honda di pasaran.
  • Tiada butang pemati enjin (kill switch) yang menjadi antara ciri biasa untuk motosikal klac tangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

  • Masih menggunakan kunci konvensional.
  • Bahagian enjin dipasangkan kowl sebagai pelindung daripada habuk, lumpur dan kotoran. Jarak lega bumi 181mm.

BACA >>> #TahukahAnda: Dari Mana Datang Slogan Satu HATI pada Jentera Repsol Honda?

  • Pelana tebal untuk keselesaan tunggangan, manakala tinggi pelana 817mm.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah
BACA >>> Jualan Motosikal Malaysia ke-14 Terbesar Dunia, Yamaha dan Honda Kuasai Pasaran
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

SUMBER: Zing

150cc Honda CB150X (2022) Honda Indonesia Honda Vietnam motosikal advencer Motosikal Adventure roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026

1 Comment

  1. Zulkiply A Aziz on 14/03/2022 17:29

    Malaysia bila nak masuk..HONDA CB125X…..jangan haraplah…Lembabnya Malaysia dan jauh lebih bagus Negara macam Vietnam , Indonedia, Mynmar yang sememangnya jauh lebih maju mendahului
    MALAYSIA yang tersangat lembab dan terlalu lemah dalam segala galanya…
    Kerajaan perlu bangun jangan asyik dengan gejala rasuah yang melanda negara nembuat Allah laknatkan Malaysia terus mundur akibat RASUAH..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.