Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Bangunkan Teknologi Suntikan Terus (DI) Khas untuk Africa Twin
Roda2

Honda Bangunkan Teknologi Suntikan Terus (DI) Khas untuk Africa Twin

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/08/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Africa Twin baharu khabarnya akan muncul tahun depan dengan menampilkan perubahan signifikan pada bahagian enjin 1,084cc yang dijangka menyumbang kepada peningkatan maksimum kuasa kuda hingga 101hp. Paling ditunggu-tunggu, Honda bakal memperkenalkan teknologi enjin Suntikan Terus (Direct Injection, DI) baharu.

Berdasarkan lakaran paten didedahkan, sistem DI pada Africa Twin adalah berbeza berbanding metod suntikan bahan api (FI) konvensional. Ini kerana bahan api akan disuntik masuk ke kebuk pembakaran dan bukan ke bukaan ambilan.

Secara teknikal, sistem DI lebih baik kerana bahan api dan udara memasuki kebuk pembakaran lebih awal dalam kondisi berasingan. Ini membuatkan bahan bakar melalui proses pengatoman yang lebih baik.

Pengatoman baik (proses pemecahan bendalir kepada percikan halus) akan menghasilkan efek pembakaran lebih besar, dan hasilnya ialah prestasi kuasa yang lebih tinggi. Namun, ada juga kelemahannya.

Kebanyakan enjin motosikal moden menggunakan overlap injap (valve overlap), iaitu kondisi masa apabila injap ekzos dan injap ambilan kekal terbuka serentak. Overlap injap dalam sistem DI berpotensi menyebabkan petrol belum bakar dilepaskan keluar ke ekzos.

Ini menyumbang kepada pengeluaran emisi rendah. Jadi, bagi memastikan ia bekerja lancar, pengiraan mekanikal perlu dibuat dengan teliti, cermat dan tepat ketika berlaku proses FI.

Di sini, unit kawalan elektronik (ECU) akan mengeset masa untuk mengetahui bilakah FI beroperasi selain memastikan ia dipercikkan selepas injap ekzos tertutup sempurna supaya petrol belum bakar tidak terlepas ke corong ekzos. Proses berkenaan dapat dilihat pada gambarajah di bawah.

No. 41 ialah pam minyak elektrik tekanan tinggi, manakala no. 42 ialah pam minyak mekanikal tekanan tinggi. Bahagian no. 42g pula bertemu lobus (lobe) dari aci engkol ekzos. Pertemuan dengan lobus inilah yang akan menjadi ‘sensor’ penentuan mengenai masa terbaik menyuntik bahan api yang disalurkan menerusi no 44, dilakukan injektor (no. 46).

BACA >>> Honda Bakal Lancar Africa Twin 850, Foto Sudah Tersebar dalam Media Jepun
BACA >>> Honda Africa Twin Cipta Rekod – Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!

Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda Africa Twin lakaran Lakaran Paten paten Suntikan Bahan Api (FI) Suntikan Terus (DI)
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.