• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Bangladesh Lancar XBlade 160 (2022), Harga Mula RM8.4k!

Honda Bangladesh Lancar XBlade 160 (2022), Harga Mula RM8.4k!

October 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Bangladesh melancarkan streetbike  XBlade 160 ABS (2022) baharu untuk pasaran negara itu dalam dua varian pada harga bermula serendah 173,900 taka (RM8,460).

Model versi dipertingkat (facelift) itu menerima penambahbaikan dari segi rekabentuk badan, grafik badan baharu dan ditawarkan dalam empat pilihan warna: biru, hijau, hitam dan merah.

Berikut perincian XBlade 160 ABS (2022):

BACA >>> Honda XBlade 160 - Streetbike Futuristik dari India dengan Harga Tidak Masuk Akal

VARIAN DAN HARGA 

  • XBlade Double Disc ABS - 192,000 taka (RM9,340), varian tertinggi dengan brek cakera pada kedua-dua roda dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • XBlade Single Disc - 173,900 taka (RM8,460), varian cakera tunggal untuk roda depan dan brek dram di belakang.

BACA >>> Honda Hornet 2.0 Serba Baharu Lancar di India, Harga RM7.1k

TRENKUASA

  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal SOHC 162.71cc penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api PGM-FI, berkuasa 13.6hp @ 8,000rpm dan tork 14.7Nm @ 5,500rpm.
  • Kotak gear jenis klac manual 5-kelajuan dan ditala untuk memberikan tork dan pecutan dalam julat rev sederhana, manakala halaju maksimum 110kmj.

SELESA DAN KEMUDAHAN

  • Panel meter digital penuh dengan paparan indikator gear, indikator servis dan bar petrol. Paparan lain ialah trip tunggangan, indikator ABS (varian tertinggi) dan jam digital.
  • Menggunakan pelana panjang untuk ergonomik tunggangan terbaik. Sistem suspensi monoshock belakang pula menambah baik aspek kestabilan dan keselesaan menunggang.
  • Bateri digunakan jenis sel kering atau bebas senggara. Cukup tempoh, cuma perlu beli baharu dan pasang.
  • Waranti diberi cuma dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km, mana satu tiba dulu, dan ada servis percuma empat kali.

KESELAMATAN

  • Ada sistem ABS saluran tunggal untuk roda depan (varian tertinggi) dengan cakera brek besar 276mm (depan) dan 220mm (belakang).
  • Hadir dengan fungsi lampu kecemasan dan tayar lebar 130mm untuk roda belakang untuk ekstra kestabilan

BACA >>> Honda CBR150R (2021) Tricolor Masuk Pasaran Bangladesh, Harga RM26k
BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Honda CBR150R ABS (2021), Harga Mula RM12,499
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

SUMBER: Honda Bangladesh

Artikel Berkaitan

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Bangladesh, honda xblade 160, roda2, streetbike, XBlade 160 ABS (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my