Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda ADV 150 Sah Masuk Malaysia 5 Februari Depan
Roda2

Honda ADV 150 Sah Masuk Malaysia 5 Februari Depan

Abang GYLBy Abang GYL29/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH masa dinanti-nantikan. Skuter advencer Honda ADV 150 akhirnya bakal dilancarkan secara rasmi pada 5 Februari depan berdasarkan foto acah disiarkan laman Facebook Boon Siew Honda (BSH), Honda Motorcycle Malaysia. Apabila dilihat terperinci, itu ialah rupa depan ADV 150!

Pada masa sama, kami turut menerima beberapa maklumat yang khabarnya skuter itu sudahpun tiba di bilik pameran BSH. Apa yang pasti, berita terbaharu ini pasti menggembirakan peminat model tersebut yang sudah sekian lama menanti.

ENJIN PGM-FI 150

Berikut fakta ringkas mengenai ADV 150 yang bakal menjadi pesaing kepada Yamaha NMAX:

  • Dijana enjin eSP 149.3cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic.
  • Sistem henti menggunakan brek cakera depan dan belakang serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Showa dengan subtangki kembar di belakang.
  • Menampilkan ciri skuter moden seperti teknologi LED penuh pada lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang.
  • Visor angin boleh laras 2-tetapan mengikut kesesuaian tunggangan, manakala maklumat tunggangan dipaparkan pada kluster instrumen LCD penuh.
  • Ada palam USB pada konsol storan di depan.
  • Aspek keselamatan dipertingkat dengan Signal Henti Kecemasan (ESS) yang berfungsi mengaktifkan kedua-dua lampu signal kecemasan apabila membrek keras. Sistem kunci kawalan jauh pula mengesan lokasi parkir, termasuk menghalang insiden kecurian.
  • Posisi tunggangan lebih menegak dan selesa, manakala bar hendal sedikit lebar untuk memudahkan pengendalian.
  • Dari belakang nampak mirip seperti X-ADV menerusi rekabentuk lampu LED bentuk X dan gaya konsep konvensional dengan lantai kaki jenis langkah (step-through).

HARGA RM15,000?

Persoalannya, berapakah tanda harga yang akan diletakkan BSH? Sebagai perbandingan, ADV 150 versi Thailand ditawarkan pada harga 98,900 baht (RM13,450). Jadi untuk pasaran Malaysia, kami jangka berada pada julat harga bawah RM15,000. Memang agak mahal jika dibandingkan model pesaingnya.

Bagaimanakah penerimaan rakyat Malaysia jika benar dijual pada harga berkenaan? Secara peribadi, kami jangka akan menerima permintaan ramai berdasarkan status ADV 150 sebagai skuter yang lain daripada lain, terutama dari segi rekabentuk.

 

Apapun, sama-sama kita nantikan kehadiran ADV 150 di Malaysia!

BACA >>> Dayang ADV 150 (2021) – Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China
BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Pasang Monoshock Macam Abang Besar X-ADV 750

2021 honda adv 150 harga honda adv 150 Honda ADV 150 honda adv 150 malaysia skuter honda adv 150
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.