Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda 4S Terbesar Di Kelantan, Pantai Timur – Mampu Senggara 100 Kereta Sehari
Auto Terkini

Honda 4S Terbesar Di Kelantan, Pantai Timur – Mampu Senggara 100 Kereta Sehari

Abang HirataBy Abang Hirata29/03/20176 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSAT 4S Honda terbaru milik Ban Chu Bee Sdn Bhd di Jalan Salor-Pasir Mas pasti memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan di Kelantan kerana menawarkan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti, cat dan baik pulih badan) terbesar di negeri itu yang juga terbesar di wilayah Pantai Timur.

Kerjasama Ban Chu Bee dan Honda sudah lama terjalin, iaitu lebih tiga dekad. Pembukaan pusat 4S baharu itu seiring pendekatan Honda dalam memberikan lebih kemudahan kepada pelanggan.

PANTAI TIMUR PILIH HONDA

Ketua Pegawai Operasi (CEO) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, pada 2016 Honda Malaysia menjual 91,830 unit kenderaan dan 8 peratus daripada jumlah itu adalah dari Pantai Timur, iaitu lebih 7,200 unit model Honda.

“Jualan di Kelantan sahaja ialah 34.6 peratus daripada jumlah tersebut, dan Honda Jazz ialah model paling laris. Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, jualan Honda Malaysia di Pantai Timur meningkat sebanyak 172 peratus.”

“Honda Malaysia memulakan tahun ini dengan sambutan positif apabila tempahan model baharu, Honda BR-V kini sudah menghampiri 10,000 unit dengan lebih 5,200 unit sudah diserahkan kepada pelanggan sejak dilancarkan Januari lalu. Honda City turut menerima sambutan menggalakkan dengan hampir 3,000 tempahan dalam tempoh tiga minggu sejak dilancarkan.

“Dengan dua pelancaran dan berbaki dua lagi tahun ini, kami jangka pasaran akan terus berkembang. Keperluan servis untuk Kelantan pada 2016 ialah  22,600 kenderaan dan melalui pembukaan Pusat 4S baru ini kami mampu menampung hingga 100 kenderaan sehari atau lebih daripada 22,000 servis kenderaan setahun,” tambah Katsuto.

Fakta Operasi Honda – Ban Chu Bee (Kelantan):
  • Model paling laris ialah Honda Jazz
  • Pusat 4S Honda Ban Chu Bee mempunyai saiz tanah seluas 152,460 kaki persegi dan saiz bangunan 62,200 kaki persegi
  • Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Cat dan Baik Pulih Badan.
  • Mampu servis hingga100 kenderaan sehari atau 22,000 kenderaan setahun.
  • Pelbagai kemudahan disediakan seperti Ruang Pelanggan, Ruang Eksekutif, sambungan WiFi, sudut kanak-kanak dan surau
  • Ada 20 ruang servis termasuk lima khusus untuk servis ekspres, satu servis tayar, lapan servis umum dan satu servis penyaman udara.
  • Keseluruhan pusat Honda 4S itu bernilai RM22 juta untuk dibangunkan.
  • Beroperasi di Lot 1349, Jalan Pasir Mas-Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan

Untuk membuat janji temu atau sebarang pertanyaan, Pusat 4S Honda Ban Chu Bee boleh dihubungi di talian  09-744 3337 / 09-744 5893.

Ban Chu Bee Honda 4S Honda Malaysia Honda Malaysia 4S Pusat Servis Honda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026

    6 Comments

    1. Anis on 10/08/2019 18:44

      Nak tanya bumbper keta koyat leh baiki atau tukar baru

      Reply
    2. Haiqal on 16/12/2021 17:03

      Ada ambl budak praktikal tak?

      Reply
      • AO on 22/12/2021 20:21

        Buat surat rasmi ke e-mel kami

        Reply
    3. muhammad zaidi asyraf bin abdullah on 25/01/2023 19:12

      jawatan kosong untuk technicion ada tk? sekarang bekerja dgn dealer honda dkt kl

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:54

        Kami bukan workshop. Boleh tanya Kementerian Sumber Manusia

        Reply
    4. Ridzuan on 25/04/2023 11:10

      Sy nk walk in boleh ke,sy nk buat servis yg pnting je,tkr mnyak hitam dgn fitter je

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.