Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Harley-Davidson X8E (1912) Steve McQueen Dilelong, Dianggarkan Lebih RM500k
Autotainment

Harley-Davidson X8E (1912) Steve McQueen Dilelong, Dianggarkan Lebih RM500k

Han OthmanBy Han Othman20/01/2017
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL milik pelakon legenda Hollywood, Steve McQueen, Harley-Davidson X8E (1912) kini siap sedia dilelongkan sempena Lelongan Motosikal Las Vegas anjuran Bonhams di Rio Hotel & Casino pada 26 Januari ini.

Motosikal berpedal dengan silinder-kembar (nombor enjin 7691B) itu ialah contoh model pacuan-semua-rantai pertama Harley-Davidson yang diperkenalkan pada 1912 pada harga AS$310 (RM1,379). Dengan enjin 1,000cc, motosikal itu turut dilengkapkan dengan pencucuh magneto, klac, fender skirt dan kerusi tunggal dengan spring koil.

STEVE MCQUEEN
STEVE MCQUEEN

Dalam sekian banyak ciri asal, warna badan motosikal dikatakan bukanlah cat asal daripada kilang. Khabarnya warna itu dicat sendiri McQueen bersama rakannya, Kenny ‘Von Dutch’ yang juga seorang mekanik dan pereka kustom legenda di Amerika Syarikat (AS). Namun, cerita itu masih menjadi misteri dan kekal sebagai khabar angin masyhur di kalangan peminat permotoran di AS.

Dijual pada 1984 di lelongan harta McQueen, Harley-Davidson X8E (1912) ialah aset terakhir Bonhams pada 2015 yang berada di bawah pengawasan pemilik semasa.

Ditawarkan bersama sijil ketulenan yang siap ditandatangani oleh Terry dan Chad McQueen (anak Steve), motosikal cruiser klasik itu dijangka menjadi bintang hebat pada pameran itu yang dinilai berharga AS$120,000 (RM533,879).

GALERI

SUMBER: Robb Report

autotainment Bonhams Harley-Davidson Harley-Davidson X8E (1912) lelong roda2 Steve McQueen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.