• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!

Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!

May 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-Davidson bakal memperkenalkan model kapasiti kecil terbaharu, X440 di pasaran India pada 4 Julai nanti.

Roadster aras mula itu ialah produk pertama dihasilkan menerusi kerjasama Hero MotoCorp dan Harley-Davidson.

Model itu akan dijana trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 440cc penyejukan minyak yang menawarkan output kuasa sekitar 20hp dan tork antara 27Nm atau 40Nm. Harga anggaran pula cuma 270,000 rupee (RM15,090).

Imej dikongsi Harley-Davidson India itu menunjukkan rekabentuk model tersebut mengambil ilham gaya Harley-Davidson  XR1200 seperti lampu depan bulat yang disepadu jenama Harley-Davidson, panel meter tunggal, bar hendal lebar dan ekzos tunggal.

Tangki minyak bersaiz besar dan bersegi, manakala pelana jenis rata dan bersambung antara penunggang dan pembonceng.

Harley-Davidson x440 (2023) menggunakan tayar MRF corak blok dengan rim aloi 18 inci di depan, dan 17 inci di belakang. Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan dan  dwi-absorber (belakang).

Sistem brek dipasangkan cakera tunggal di depan dan belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Terdahulu, Harley-Davidson juga pernah menjalin kerjasama dengan pengeluar di China untuk menghasilkan dua motosikal kapasiti kecil, iaitu X350 dan X500.

Harley Davidson X 440 (2023) - 1
Harley Davidson X 440 (2023) - 2
Harley Davidson X 440 (2023) - 3
Harley Davidson X 440 (2023) - 4
Harley Davidson X 440 (2023) - 0

SUMBER: Mint | BikeWale

Artikel Berkaitan

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Harley-Davidson X440 (2023), Hero Motocorp, roadster, roda2, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
    Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
  • Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
    Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
  • Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
    Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
  • CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!
    CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my