Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Model Elektrik, Harley-Davidson LiveWire (2019) Debut Tahun Depan
Auto Terkini

Model Elektrik, Harley-Davidson LiveWire (2019) Debut Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM semua model Harley-Davidson yang kita lihat beberapa bulan lalu, Livewire ialah produk selangkah paling maju. Ini momen besar buat pengeluar motosikal Amerika Syarikat (AS) itu selepas bergelut bertahun-tahun lama dan akhirnya model elektrik, Livewire (2019) menemui peminatnya.

Pengarah Pengurusan Program, Paul James berkata, kakitangan Harley-Davidson bekerja keras untuk menjayakan projek tersebut. Sebaik saja melihat Livewire, kita akan berfikir pernah menunggang motor itu dua tahun lalu. Tetapi jauh berbeza kerana kurang 1 peratus model versi pengeluaran berkongsi komponen sama dengan Livewire, empat tahun lalu.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Selain menawarkan ciri Bluetooth dan WiFi, Harley-Davidson juga berusaha memastikan sirip penyejukan udara pada pek kuasa bekerja tepat dan betul bagi melepaskan haba ketika kelajuan tinggi.

LIPUTAN PENGGUNA LEBIH LUAS

Malah, jenama besar seperti Harley-Davidson berdepan cabaran besar dalam usaha memikat pelanggan membeli motosikal elektrik.

“Kami sedar pembeli pertama Livewire ialah pemilik Harley sedia ada. Tetapi bagi memastikan kejayaan, kami perlu menjangkau pengguna lebih besar dan jangkaan kami pelanggan pertama ialah kalangan peminat kenderaan elektrik yang bukan penunggang masa sekarang,” kata James.

BACA>>>Nenek Capai Impian Tunggang Harley-Davidson Pada Usia 104 Tahun

Menurut James lagi, pelanggan itu mereka yang mahu menjadi pemilik terawal dan tidak keberatan membayar lebih untuk produk premium. LiveWire (2019) bakal dilancarkan tahun depan, tetapi harga masih belum diputuskan. Jika dilihat pada kemasan dan spesifikasi akhir, tidak mustahil motosikal elektrik itu menjangkau £30,000 (RM160,081).

CIRI PREMIUM HARLEY-DAVIDSON

  • SPESIFIKASI PREMIUM: LiveWire (2019) jelas sekali jentera berprestasi, lengkap dengan monoblok Brembo dan suspensi Showa boleh laras (depan dan belakang).
  • PENGECASAN: LiveWire (2019) boleh dicas menerusi tangki atau wayar bawah pelana yang disambung kepada soket dinding.
  • KONEKTIVITI: Skrin TFT boleh disambungkan kepada telefon menerusi Bluetooth untuk memudahkan panggilan telefon, muzik, pemetaan dan diagnostik motosikal.
  • ‘TWIST AND GO’: Dilengkapi transmisi ‘twist and go’ yang cuma perlu pulas untuk bergerak. Harley-Davidson menjangka ciri ini akan menarik minat kalangan pengguna bukan penunggang.

Selain itu, pelan jangka panjang Harley-Davidson mensasarkan mengeluarkan motosikal lebih murah bagi mengisi barisan motosikal elektrik menjelang 2022, termasuk menghasilkan 21 produk terdiri daripada model advencer, dan e-bike dalam usaha menarik pembeli baru dan penunggang muda.

BACA >>> Jualan Merosot, Harley-Davidson Rancang Keluarkan Motosikal Elektrik 18 Bulan Lagi

Berdasarkan laman web rasmi Harley-Davidson, LiveWire (2019) akan dipasarkan ke Amerika Utara dan beberapa negara Eropah terpilih dengan pemasangan dilakukan di kilang pengeluar itu yang terletak di York, Pennsylvania, AS.

GALERI

SUMBER: MCN 

Harley Davidson Livewire (2019) Harley-Davidson Livewire (2019) motosikal elektrik roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.