Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson India Tutup Sementara Ambil Tempahan X440?
Auto Terkini

Harley-Davidson India Tutup Sementara Ambil Tempahan X440?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARLEY-Davidson India akan menutup pengambilan tempahan roadster terkecil jenama itu, Harley Davidson X440 bermula 3 Ogos ini.

Punca di sebalik penutupan sementara itu masih belum diketahui, tetapi dipercayai disebabkan penerimaan pratempahan luar biasa selepas debut di pasaran.

Sebelum ini, Harley-Davidson X440 dilaporkan mencatat tempahan luar biasa di India selepas pencabarnya, Triumph mengumumkan rekod lebih 10,000 tempahan untuk model Speed 400 dan Scrambler 400 X di negara sama.

Apapun, notis iklan Harley-Davidson India mengenai penutupan tempahan itu dikatakan mengelirukan dengan paparan mesej seperti berikut:

Tempahan untuk harga pengenalan akan tamat pada 3 Ogos. Tempah sekarang dan dapatkan X440 anda pada harga permulaan 229,000 rupee (RM12,560).”

Perkongsian imej kedua (foto atas kanan) di media sosial pula menyampaikan mesej lebih jelas dengan pengumuman berikut:

Masa sudah tiba. Tempahan ditutup pada 3 Ogos.”

Harley-Davidson X440 ialah produk kerjasama Harley-Davidson dan Hero MotoCorp (Hero). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hero, Niranjan Gupta dipetik Financial Express berkata;

Amat menyentuh hati melihat peningkatan pertanyaan dan tempahan untuk Harley-Davidson X440. Jumlah kini melepasi jangkaan kami dan kami sudah sampai ke peringkat membuat keputusan untuk menutup saluran tempahan atas talian untuk sementara.

“Pada masa kami membuat persediaan pengeluaran dan penghantaran Harley-Davidson X440, kami yakin untuk menawarkan pengalaman tunggangan luar biasa kepada pelanggan dengan model terbaik dalam kelas iaitu kuasa, prestasi dan nilai.”

Setakat kini, Niranjan dan CEO Harley-Davidson, Jochen Zeitz cuma memuji sambutan luar biasa pratempahan model itu, tetapi tidak pula menyatakan jumlah tempahan diterima.

Auto Terkini Harley Davidson X440 Harley-Davidson India roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.