• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Petrol RON97 Naik Sekali Lagi, RON95 & Diesel Kekal Mulai Esok (09/03/19)

Harga Petrol RON97 Naik Sekali Lagi, RON95 & Diesel Kekal Mulai Esok (09/03/19)

March 8, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

harga ron95BERMULA esok (09/03), harga runcit bagi petrol RON97  naik lagi sebanyak 3 sen. Manakala RON95 dan diesel masing-masing terus kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 09/03/2019 hingga 15/03/2019.

Ini bermakna, harga bahan api RON97 naik daripada RM2.43 kepada RM2.46 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel juga kekal pada RM2.18 seliter.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan pengurangan harga siling untuk harga petrol RON95 daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08, iaitu sebanyak 12 sen.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet yang bakal menyaksikan harga RON95 kekal pada paras RM2.08 sen walaupun harga minyak pasaran dunia naik melebihi harga tersebut.

Harga siling diesel kekal sama pada RM2.18 seliter, dan tiada sebarang penetapan harga siling untuk RON97 yang akan mengikut harga minyak dunia sepenuhnya. Penetapan daripada bulanan kepada mingguan juga akan membolehkan pengguna menikmati perubahan harga lebih cepat.

SENARAI HARGA MINYAK [09/03/19 - 15/03/19]

  • RON95: RM2.08/liter (kekal)
  • RON97: RM2.46/liter (naik 3 sen)
  • Diesel: RM2.18/liter (kekal)

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!

BACA >>> Turunkan Harga Petrol RM1.50 Seliter Tiada Dalam Manifesto PH - Timbalan Menteri

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga diesel, harga diesel mac 2019, harga minyak mac 2019, harga minyak naik lagi, harga petrol mac 2019, harga ron95, harga ron97

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my