• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Turunkan Harga Petrol RM1.50 Seliter Tiada Dalam Manifesto PH - Timbalan Menteri

Turunkan Harga Petrol RM1.50 Seliter Tiada Dalam Manifesto PH - Timbalan Menteri

September 12, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

KERAJAAN tiada rancangan untuk menurunkan harga bahan api hingga paras RM1.50 seliter melainkan jika harga minyak mentah dunia turun ke paras tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Malah menurut laporan Bernama, Amiruddin menegaskan perkara itu tiada dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi PRU14 seperti mana didakwa segelintir pihak.

“Saya cari di mana RM1.50 dalam buku PH, tetapi tidak ada. Tidah tahulah jika ada pihak yang dalam keghairahan berkempen menjanjikan perkara itu,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.

Sehingga kini, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel yang masing-masing pada paras RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga pasaran lebih tinggi.

Tambahnya lagi, mekanisme terperinci mengenai pelaksanaan sistem subsidi petroleum secara bersasar sedang dikaji dan akan diumumkan selepas dimuktamadkan. Subsidi itu bakal diberikan kepada golongan yang layak untuk kegunaan motosikal 125cc dan kereta 1,300cc ke bawah.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tangan Kena Kotoran Minyak Kenderaan? Ikut Petua Murah dan Jimat Ini!

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bahan api RON95, Datuk Amiruddin Hamzah, harga minyak RM1.50, harga petrol ron95, turun harga petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my