BERMULA esok (21/09), harga runcit bagi petrol RON97 naik lagi sebanyak 14 sen. Manakala harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 21/09/2019 hingga 27/09/2019.
Ini bermakna, harga bahan api RON97 naik daripada RM2.53 kepada RM2.67 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.
Terbaharu, Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersetuju memberikan subsidi petrol dalam bentuk bantuan tunai kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Keputusan bantuan tunai mengikut format BSH itu dibuat selepas Kerajaan menimbangkan pelbagai cadangan sejak hampir setahun lalu.
TIADA TUNAI UNTUK YANG TIADA KERETA, MOTOR
Kebanyakan penerima BSH memohon menggunakan slip gaji dan pencen. Jadi, Kerajaan memutuskan menggunakan senarai penerima BSH untuk pemberian tunai subsidi petrol, kata sumber yang juga pegawai kementerian.
"Kami boleh buat semak silang dengan data JPJ. Daripada situ, kami boleh lihat jenis kereta yang dimiliki pemohon. Bagi mereka yang tiada kenderaan, mereka tidak dapat tunai," katanya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November tahun lalu berkata, Kerajaan merancang memberikan subsidi petrol RON95, 30 sen seliter kepada pemilik kereta 1,500cc untuk 100 liter dan motosikal 125cc ke bawah (40 liter).
BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]
SENARAI HARGA MINYAK [21/09/19 - 27/09/19]
- RON95: RM2.08/liter (kekal)
- RON97: RM2.67/liter (naik 14 sen )
- Diesel: RM2.18/liter (kekal)
BACA >>> Perodua Axia (2019) Lancar - 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM24k
BACA >>> Panduan Mengepam Tayar Kereta, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?
Leave a Reply