Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!
Auto Terkini

Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/02/20201 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MINGGU ini minggu Kawasaki Ninja ZX-25R. Mungkin ada yang marah dan rasa hendak termuntah kerana kerap sangat keluar cerita pasal sportbike suku liter empat dapur ini. Tambahan lagi, berita itu pula dari negara jiran seberang sana.

Apa nak buat, hal-hal motosikal tempatan bukannya hari-hari  sentiasa ada berita. Kalau ada, pasti kami kongsikan. Jadi buat masa sekarang apa yang kami boleh cakap, bawa bertenang dan selamat membaca.

Seperti mana kita tahu, Indonesia dijadualkan mempamerkan ZX-25R pada 4 April depan. Jika benar, Indonesia akan jadi negara kedua selepas Jepun. Tetapi manalah tahu kalau tiba-tiba Malaysia pula lebih dulu membawa masuk model hangat tersebut. Ingat, Malaysia bukannya tidak pernah langsung jadi destinasi untuk debut model motosikal peringkat global, Asia atau serantau!

BACA >>> Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?

HARGA BOCOR!

Apa lagi cerita pasal ZX-25R? Harga model itu dikatakan bocor di Indonesia. Menurut portal TMCblog, Badan Pendapatan Daerah (Bapenda) DKI Jakarta baru saja mendedahkan senarai harga dua kod baharu model Kawasaki, ZX250F dan ZX250G.

Berdasarkan data tersebut, harga ZX-250F adalah sekitar Rp73,200,000 (RM22,210), manakala ZX-250G pula Rp64,800,000 (RM19,660). Kedua-dua model di bawah RM30,000. Malah, maklumat yang dikatakan harga ZX-25R itu dilihat tidak terlalu jauh berbanding Ninja 250 versi 2-silinder untuk varian paling premium, EX-250W.

Mungkin perbezaan dua kod itu cuma ciri seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Bagaimanapun, harga tersebut cuma harga asas dan tidak termasuk caj lain seperti Pajak Kenderaan Bermotor (cukai kenderaan), iaitu 1.5 peratus, Pajak Penambahan Nilai (cukai tambah nilai), 10 peratus, serta lain-lain.

BACA >>> Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez

Jika semua caj tersebut diambil kira, maka harga atas jalan ZX-25R boleh mencapai Rp120,000,000 (RM36,414). Hmm… agak mahal juga.

Bagaimanakah pula sekiranya sportbike itu masuk pasaran Malaysia? Sebelum ini, Modenas ada mengesahkan Kawasaki 250cc dan Versys akan dipasang di Malaysia selepas termeterai kerjasama antara pengeluar nasional itu dan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) kelak.

Jika benar, ZX-25R versi pemasangan tempatan (CKD) memang berpeluang untuk memasuki pasaran Malaysia. Apabila sudah dipasangkan dalam negara, sudah tentu harga dapat dikurangkan berbanding model import penuh (CBU). Sekali lagi diucapkan, kita tunggu sajaaa…

Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Kawasaki Ninja ZX-25R Kawasaki ZX-25R Kawasaki-Modenas KHI Japan Modenas roda2 sportbike
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

05/02/2026
Auto Terkini

Triumph Trident 660 dan Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar Untuk 2026, Kuasa Naik 14 PS

05/02/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Singer Guna Khidmat Red Bull Advanced Technologies, Porsche Klasik Jadi Lebih Kuat!

05/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

05/02/2026

1 Comment

  1. Jan on 20/02/2020 19:05

    Seperti yang dijangkakan, harga ZX25 tidak mungkin berada dibawah 30k. agak keterlaluan mahal untuk motor 250cc, tambah lagi dengan harga itu sudah boleh beli motor2 600++ 2 silinder, seperti ninja 650 dan MT07,

    kalau tak salah, Benelli TNT600 4 silinder pun sekitar harga yang sama !

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.