Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini
Auto Terkini

Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMINAT jenama kereta, Mercedes-Benz menerusi pengedarnya, Hap Seng Star bakal menganjurkan acara istimewa sempena sambutan 140 tahun kecemerlangan jenama tiga penjuru itu.

Berlangsung dari 10 hingga 12 April, acara yang diadakan di Hap Seng Star Balakong ini bukan sekadar meraikan sejarah jenama, tetapi turut mengetengahkan gaya hidup mewah, prestasi dan pengalaman pemilikan yang sinonim dengan Mercedes-Benz.

Pelbagai Model Baharu, Certified Pre-Owned

Pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai pilihan model baharu serta Mercedes-Benz Certified Pre-owned, daripada A-Class yang kompak hinggalah E-Class yang lebih premium dan elegan.

Turut dipamerkan ialah barisan SUV serba guna serta model elektrik EQ, menjadikan acara ini sesuai untuk mereka yang sedang mencari kereta mengikut bajet, gaya hidup dan keperluan keluarga.

Tawaran harga Bawah RM150K

Antara tarikan utama pastinya peluang untuk memiliki sebuah Mercedes-Benz pada harga bermula RM140,000*.
Menurut penganjur, beberapa unit Certified Pre-owned A200 dan GLB250 ditawarkan pada harga istimewa tersebut, sekali gus membuka peluang lebih mudah untuk memiliki jenama premium ini.

AMG Café, Showcase Untuk Peminat Prestasi

Bagi peminat model prestasi, acara ini turut menampilkan AMG Café Experience serta showcase model Mercedes-AMG yang pasti menarik perhatian.

Suasana juga akan dimeriahkan dengan sesi DJ secara langsung pada Sabtu dan Ahad dari 1 petang hingga 4 petang, menjadikan kunjungan lebih santai dan eksklusif.

Mesra Keluarga, Banyak Aktiviti Menarik

Bukan hanya untuk peminat automotif, acara ini juga sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti sampingan.

Antaranya termasuk hadiah segera untuk pengunjung, bengkel grooming oleh Beaute Library dan B+ Clinic, selain aktiviti kanak-kanak seperti Allianz Explorer Truck, confectionery treats dan gaming corner bersama MSI.

Tarikh, Masa dan Lokasi

Acara ini berlangsung pada 10 hingga 12 April, dari 10 pagi hingga 5 petang, di Hap Seng Star Balakong.
Bagi yang sedang merancang untuk memiliki Mercedes-Benz baharu atau terpakai premium, ini mungkin masa terbaik untuk melihat sendiri tawaran yang tersedia.

SUMBER: FB HapSengStarMy

Balakong Certified Pre-Owned Hap Seng Star Mercedes-AMG Mercedes-benz Mercedes-Benz E-Class
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Porsche ‘Tease’ 911 Baharu, Mungkin GT3 Cabriolet Paling ‘Pure Driving Pleasure’

    08/04/2026
    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.