Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hanya 55% Bas Rapid Masih Aktif Beroperasi, Bas Uzur & Kurang Pemandu Jadi Punca
Auto Terkini

Hanya 55% Bas Rapid Masih Aktif Beroperasi, Bas Uzur & Kurang Pemandu Jadi Punca

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAHUKAH anda hanya 55% daripada daripada jumlah keseluruhan bas yang dikendalikan Rapid Bus (anak syarikat Kumpulan Prasarana) yang masih aktif beroperasi?

Daripada 1,757 buah bas, sekitar 900 buah sahaja yang masih aktif beroperasi manakala sekitar 857 buah lagi terdiri daripada bas yang berusia melebihi 10 tahun yang perlu dibaiki dan diselenggara.

Perkara ini telah disuarakan oleh Kementerian Pengangkutan di Dewat Rakyat bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah bas henti-henti milik Prasarana  yang beroperasi secara optimum setiap hari.

Menurut Kementerian, Rapid Bus menjalankan penyelenggaraan pada semua bas-bas tersebut dan jumlah tersebut sentiasa berubah-ubah mengikut jenis pembaikan yang dilaksanakan terhadap sesuatu bas.

Kekurangan kapten bas juga merupakan sebab mengapa operasi bas ini tidak dapat dioptimumkan. ketika ini, terdapat 867 kekosongan jawatan sebagai kapten bas yang perlu diisi sehingga hujung tahun ini.

Pengambilan pemandu bas sedang giat dijalankan dan bagi menarik minat lebih ramai calon berpotensi manakala faedah kakitangan mereka telah ditambah baik seperti kenaikan elaun dan gred untuk kapten bas.

Tambah Kementerian, melalui inisiatif ‘Fleet Replacement and Electrification Program’, Rapid bus sedang giat menggantikan bas yang sudah uzur yang berisiko untuk rosak kepada bas elektrik dan diesel baharu.

Berdasarkan rangka kerja program ini, proses penggantian ini dijangka bermula pada tahun 2024.

BACA >>> Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024
BACA >>> Rapid KL: Ini Bukan Makanan Ye. Ini Adalah Naji* Manusia

SUMBER: BFM

bas henti-henti Bas Rapid KL kapten bas Kementerian Pengangkutan Prasarana
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.