
KERAJAAN tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula subsidi diesel sekiranya krisis tenaga global terus berlarutan dan memberi tekanan kepada ekonomi negeri Sabah.
Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, kesan daripada konflik global khususnya melibatkan negara pengeluar tenaga seperti Iran boleh mempengaruhi pasaran tenaga dunia dan seterusnya memberi impak kepada ekonomi tempatan.
Menurut beliau, walaupun subsidi dikekalkan ketika ini, sebarang perubahan bergantung kepada perkembangan semasa krisis tenaga dan peperangan yang berlaku.
Kalau dikekalkan, baguslah. Namun jika krisis tenaga ini berlanjutan, subsidi diesel ini mungkin akan dikaji semula,” katanya.
Pantau Perkembangan Global
Beliau menjelaskan, kerajaan negeri akan terus memantau situasi semasa sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dasar subsidi bahan api.
Ketika ini, Sabah dan Sarawak masih menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter dengan penggunaan terkawal, berbeza dengan Semenanjung Malaysia yang mencatatkan harga diesel melebihi RM6 seliter.
Hajiji turut menegaskan bahawa ketidaktentuan geopolitik global boleh memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi negeri, sekali gus memerlukan pendekatan berhati-hati dalam merangka dasar berkaitan tenaga.
SUMBER: SinarHarian







