Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hab Sehenti 7 Tingkat Mercedes-Benz, Hap Seng Star Setia Alam Autohaus Dibuka!
Auto Terkini

Hab Sehenti 7 Tingkat Mercedes-Benz, Hap Seng Star Setia Alam Autohaus Dibuka!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAP Seng Star membuka premis cawangan terbaharu di Setia Alam, Selangor yang menjanjikan pengalaman premium untuk pelanggan Mercedes-Benz.

Dipanggil Hap Seng Star Setia Alam Autohaus, premis tujuh tingkat itu dibina atas tanah berkeluasan 79,000 kaki persegi dan menelan pelaburan RM99 juta.

BACA >>> Mercedes Benz GLC 300e 4Matic (CKD) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM374k!

CEO Hap Seng Consolidated dan Ketua Unit Automotif Hap Seng, Harald Behrend (kiri) menyerahkan token kepada Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien.

Bangunan tersebut terletak sederet beberapa cawangan jenama automotif lain dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan berperanan sebagai pusat sehenti gaya hidup. Ada 29 kakitangan menguruskan premis berkenaan.

Ruang Pameran

  • Memiliki keluasan lebih 11,526 kaki persegi di tingkat satu dan mampu menempatkan 16 model Mercedes-Benz pelbagai segmen pada satu-satu masa.

Kafe Layan Diri

  • Terletak di tingkat satu, di belakang bilik pameran yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Ruang Gaya Hidup

  • Ruangan pameran dan jualan pelbagai koleksi barangan Mercedes-Benz di depan kafe. Antara barangan dipamerkan ialah beg, bagasi, topi, baju, sarung kunci hingga replika model skala.

Bilik Solek

  • Kemudahan bilik solek mewah disediakan dalam tandas tingkat satu untuk pelanggan wanita yang mahu berias. Khabarnya, bilik solek itu bernilai sekitar RM100,000! Maaf, tiada bilik solek disediakan dalam tandas lelaki.

Bilik Kanak-Kanak

  • Disediakan antara Ruang Gaya Hidup dan tandas di tingkat satu. Hap Seng Star melengkapkan bilik berkenaan dengan pelbagai mainan untuk anak kecil beserta dua kerusi untuk dewasa.

Ruang Servis

  • Terletak di tingkat dua. Ruang servis dan baik pulih ini boleh diakses dari laluan sama ke lot parkir di tingkat 4 dan ke atas.
  • Ruang servis dan baik pulih berkeluaran lebih 29,549 kaki persegi dan mampu menyediakan hingga 25 lot ruang baik pulih kenderaan.
  • Buat masa ini, sebanyak 15 ruang kerja sudah beroperasi dengan kekuatan 15 juruteknik terlatih.
  • Jika beroperasi dengan kapasiti 25 ruang kerja, premis itu mampu membaik pulih dan melakukan servis sekitar 1,500 unit Mercedes-Benz sebulan. Purata kenderaan dibaiki atau servis harian ialah 20 hingga 22 unit.

Kemudahan Lain

Selain itu, premis itu ada menyediakan beberapa kemudahan lain seperti:

  • Bilik mesyuarat
  • Tandas di tingkat bawah dan 1
  • Surau di tingkat bawah
  • Tempat menyambut pelanggan untuk servis di tingkat bawah
  • Terminal cas kenderaan elektrik (EV)
  • Menawarkan khidmat Express Service 2.0, ambil dan hantar kenderaan pemilik (dalam radius sekitar 25km), dan tempahan servis drop-and-go.
  • Ada servis imbangan (balancing) dan penjajaran (alignment) roda, pemeriksaan elektrik dan baik pulih.
  • Khidmat badan dan cat (body & paint) turut disediakan, tetapi kenderaan akan dibawa ke premis lain.
  • Menguruskan khidmat pemasangan filem cermin gelap (tinted), insurans dan tuntutan waranti.

Selain premis di Setia Alam, Hap Seng Group turut beroperasi di sembilan lokasi lain, seperti:

  • Kuala Lumpur
  • Kinrara
  • Balakong
  • Jalan Ipoh
  • Bukit Tinggi
  • Melaka
  • Iskandar Johor
  • Kuching
  • Kota Kinabalu

Pelaburan terkumpul Hap Seng Star hingga kini bernilai RM673 juta. Hap Seng Group juga memiliki Pusat Kenderaan Mercedes-Benz Terpakai Bertauliah di Kinrara (Puchong, Selangor), dan pusat Body & Paint di Shah Alam (Selangor).

BACA >>> Hap Seng Kuching Autohaus Pusat Sehenti Mercedes-Benz Pertama Di Sarawak
BACA >>> Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport…
BACA >>> Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?

Auto Terkini Hap Seng Group Hap Seng Star Setia Alam Autohaus Mercedes-Benz Malaysia Pusat Servis Mercedes-Benz Pusat Servis Mercedes-Benz Setia Alam
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.