• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM M4 Terima Permintaan Tinggi

GWM M4 Terima Permintaan Tinggi

August 7, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

GWM M4 - Pandulaju.comMULA diperkenalkan pada Julai 2014, GWM M4 menerima sambutan menggalakkan sehingga tempoh masa menunggu masih berada di sekitar dua hingga tiga bulan.

Memahami permasalahan itu, Go Auto Automobile Manufacturing mengambil inisiatif menambah pelaburan dengan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran kilangnya di Gurun, Kedah.

Dengan jualan harga serendah RM4,739 hingga RM62,759, M4 sudah menerima lebih daripada 2,500 unit sejak ia membuka tempahan hujung tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal menyasarkan penjualan 6,000 unit M4 bagi tahun ini dan berazam memastikan kualiti SUV kompak adalah berkualiti tinggi.

Tambah Azli, pihaknya mahu mengukuhkan lagi jenama dan kedudukan di Malaysia dengan memastikan perkhidmatan selepas jualan adalah terbaik.

P1210475Tidak dinafikan, kemasukan model M4 ini nyata merancakkan lagi segmen automotif negara terutamanya bagi segmen SUV. Mana tidaknya, kebanyakan pesaingnya dijual pada harga lingkungan RM70,000 hingga RM100,000 manakala M4 pula di bawah harga RM70,000.

Untuk rekod, Go Auto mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi syarikat pertama menerima lesen pembuatan EEV kenderaan jimat tenaga) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Polisi Automotif Kebangsaan NAP) tahun lalu.GWM M4 - Pandulaju.com

TIGA VARIAN

M4 ditawarkan dalam tiga varian iaitu standard, Comfort dan Premium (spesifikasi tertinggi). Ketiga-tiga varian ini dijana unit enjin yang sama.  Hasil janaan ‘jantung’ GW4G15 bersesaran 1.5L, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm(4,200rpm).

Lebih menggembirakan, kesemua model didatangkan dengan kotak gear transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 6-kelajuan. Berdasarkan ujian dilakukan, M4 mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6L per 100km.

Tim Pandulaju.com sudah memandu uji varian manual, berikut adalah ulasan penuh >>> PANDU UJI: GWM M4 (2014)

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd, GWM M4, Haval, MITI, NAP, Pandu uji, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
  • Grab Bakal Ambil Alih Bisnes FoodPanda di Malaysia, 6 Pasaran Lain?
    Grab Bakal Ambil Alih Bisnes FoodPanda di Malaysia, 6 Pasaran Lain?

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my