Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
Roda4

Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bufori CS8 2026 lancar di Malaysia

BUFORI Motor Car Company secara rasmi memperkenalkan Bufori CS8 2026, iaitu grand tourer (GT) ultra prestasi tinggi buatan tangan dari Malaysia.

Dihasilkan sepenuhnya di Malaysia dengan ketelitian hampir empat dekad pengalaman, pelancaran model itu di Menara Affin @ TRX juga bertepatan dengan sambutan bulan kemerdekaan yang menjadikan Bufori CS8 2026 sebagai simbol kebanggaan negara.

Jantung: Enjin Supercharged V8

Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026

Bufori CS8 dijana enjin depan-tengah (front mid-mounted) 6.4L V8 supercharged yang mampu menjana output kuasa 810hp (750hp pada roda), dan dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan prestasi tinggi dengan pedal syif.

Hasilnya adalah pecutan pantas dengan anjakan gear lancar yang sesuai untuk pemanduan santai di lebuh raya atau memandu pemanduan agresif di selekoh gunung.

Dilengkapi tayar prestasi tinggi Michelin, pemandu dijanjikan cengkaman maksimum sama ada dalam kondisi jalan basah atau kering. Sistem menggunakan brek Brembo dengan kaliper monoblok 6-piston untuk kuasa brek terbaik dalam pelbagai situasi.

Rekabentuk Ringan, Kawalan Hebat

Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026

Badan monokok karbon-kevlar memberikan gabungan kejuruteraan moden dan struktur ringan yang menjadikan model tersebut lebih tangkas tanpa mengorbankan tahap keselamatan. Dengan berat sekitar 1,550kg, Bufori CS8 mencapai agihan berat 25 peratus setiap sudut, juga keseimbangan yang jarang dicapai.

Suspensi adaptif multi-link di depan dan belakang ditala khas untuk memberikan pengendalian tajam ketika mengambil selekoh, dan keselesaan optimum untuk memandu jauh.

Kemewahan Pakar Kraf

Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026

Bahagian dalaman Bufori CS8 direka sebagai ruang eksklusif buat pemandu dengan keruai Recaro elektrik dibalut kulit premium, manakala panel gentian karbon terdedah memberi sentuhan sporty dan moden.

Setiap butiran kabin dihasilkan dengan kombinasi teknik tradisional dan bahan terkini yang menjadikan rekaan kabin kekal elegan sepanjang zaman.

Sebagaimana tradisi, setiap Bufori CS8 ialah model tempahan khas daripada warna cat unik, upholsteri sulaman tangan hingga pemilihan material trim. Ini bermakan tiada model CS8 yang direka sama kerana setiap unit adalah cerminan personaliti si pemilik.

Kebanggaan Malaysia, Daya Tarikan Global

Pengasas dan Pengarah Urusan Bufori, Gerry Khouri
Gerry Khouri
Pengurus Besar Bufori, Felix Haller
Felix Haller

Pengasas dan Pengarah Urusan Bufori, Gerry Khouri berkata;

CS8 adalah kemuncak rekabentuk dan kejuruteraan Bufori yang dibina buat mereka yang mementingkan kualiti, perhatian terhadap perincian dan prestasi tanpa kompromi. Ini adalah grand tourer yang boleh dipercayai, sama ada merentas negara atau menawan laluan berbukit.”

Pengurus Besar Bufori, Felix Haller berkata;

CS8 bukan sekadar model baharu, ia hasil visi dan inovasi bertahun-tahun. Direka untuk pemandu yang mahu merentas negara dengan penuh gaya dan kelajuan, CS8 memastikan anda tiba dengan segar seperti saat berlepas.”

Logo Bufori
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Pengasas dan Pengarah Urusan Bufori, Gerry Khouri
Gerry Khouri
Pengurus Besar Bufori, Felix Haller
Felix Haller
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori CS8 2026
Bufori Bufori CS8 BUFORI Motor Car Company grand tourer GT Kereta Sport Kereta Sport Malaysia Roda4
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.