Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»GP2R – Jentera Lumba dengan Enjin KTM 790 Duke, Harga RM138k
Roda2

GP2R – Jentera Lumba dengan Enjin KTM 790 Duke, Harga RM138k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/07/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KRAMER Motorcycles ialah syarikat yang pakar dalam membangunkan motosikal lumba. Terbaharu syarikat tersebut mendedahkan jentera lumba GP2R yang dibina berasaskan enjin parallel-twin daripada KTM 790 Duke dengan frem trellis.

Model ini akan mula dijual menjelang musim bunga tahun depan pada harga €29,990 (RM138,140).

Enjin KTM tersebut diubah suai dan ditala untuk mendapatkan sesaran lebih besar, iaitu 890cc. Aspek keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi WP boleh laras penuh dan juga sudut kepala stereng boleh laras.

BACA >>> Ducati Panigale V4 Nicky Hayden – Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12

Versi kedua 850cc turut dibangunkan sempena acara perlumbaan kelab-kelab Amerika Syarikat (AS) yang mana kedua-dua enjin dilengkapi sistem kawalan enjin siap diprogram.

Selepas ditala, jentera seberat 140kg itu mampu meledakkan kuasa 128.2bhp dan tork 100Nm. Berdasarkan permintaan, Kramer Motorcycles turut menawarkan pakej Track Services menerusi kerjasama dengan syarikat Speedbox dari Switzerland yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal pemasangan, penyenggaraan dan penghantaran.

Sokongan teknikal turut dipakejkan bersama pada hari latihan dan perlumbaan.

GP2R ditayangkan sempena Festival Barber Motorsports Park Vintage, Alabama, AS, dan turut menggunakan projek silinder tunggal HKR EVO2 seperti sebelum ini yang dipacu enjin KTM LC4 untuk memenangi Kejuaraan Supermono Eropah dua kali.

BACA >>> #BikinMotor: WSM SBK – Superbike Kustom Enjin Ducati dengan Gaya Klasik

Pemilik Kramer Motorcycles, Markus Kramer menganggap projek GP2R sebagai detik penting buat syarikat yang masih muda dan kini sudah tiba masa untuk mengambil langkah ke depan hasil pengalaman yang diraih selama 5 tahun.

“KTM 790 Duke menawarkan enjin yang memberikah ilham inspirasi kepada kami untuk meneruskan projek ‘GP2’. Pengetahuan kami dalam pembinaan dan pengeluaran memberi jaminan bahawa kami dapat membangunkan jentera lumba hebat berdasarkan konsep  silinder kembar,” jelasnya.

Bagi mendapatkan beberapa ciri tambahan, pelanggan yang membuat pesanan sebelum 1 Oktober tahun ini dapat memilih warna frem dan set fairing tanpa ada kos tambahan.

BACA >>> KTM 790 Duke Lancar di Britain, Harga Saingi Kawasaki Z900! Malaysia Menyusul 2018?

SUMBER: MCN

GP2R Kramer Motorcycle KTM KTM 790 Duke (2018) Markus Krämer roda2 superbike
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.