Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Gottlieb Daimler: Pereka Revolusioner Rintis Standard Baru Automobil Moden
Autotainment

Gottlieb Daimler: Pereka Revolusioner Rintis Standard Baru Automobil Moden

Han OthmanBy Han Othman07/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GOTTLIEB Daimler (1834-1900) adalah jurutera, pereka industri dan industrialis kelahiran Schorndorf, Jerman. Beliau dikenali sebagai pengasas enjin pembakaran dalaman moden dan bertanggungjawab mencipta enjin petrol berkelajuan tinggi dan kereta empat tayar pertama.

Walaupun bukan menjadi orang pertama dalam setiap hasil penciptaannya, tetapi inovasi yang dilakukan beliau banyak menjadi asas penting kepada pembinaan automobil hari ini.

Pada 1885, Daimler dan rakan niaganya, Wilhelm Maybach memajukan enjin pembakaran dalaman ciptaan Nikolaus Otto yang juga pereka Jerman dan mempatenkan apa yang diiktiraf umum sebagai prototaip enjin petrol moden.

BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?

MOTOSIKAL PERTAMA

motosikal-daimler-1885-pandulajudotcomdotmy

Pada 1872 Daimler, 38, pernah bekerja sebagai pengarah teknikal Deutz-AG-Gasmotorenfabrik di Cologne di bawah Otto yang memiliki separuh pemilikan syarikat. Kedua-dua mereka menumpukan kepada usaha pembangunan enjin petrol, manakala Maybach menjadi ketua pereka. Beberapa kontroversi muncul mengenai siapa pereka sebenar enjin motosikal pertama antara Daimler dan Otto.

BACA >>> #RetroAuto: Kenali Mereka yang Pertama dalam Automotif

KERETA EMPAT TAYAR PERTAMA

daimler-stagecoach-1886

Enjin yang dihasilkan Daimler dan Maybach pada 1885 lebih kecil, ringan, laju dan menggunakan karburetor suntikan petrol dan silinder vertikal, di mana saiz, kelajuan dan keberkesanan enjin itu kemudian menjadi standard kepada revolusi rekabentuk kereta moden.

Pada 8 Mac 1886, Daimler menggunakan koc penumpang (stagecoach), yang direka Wilhelm Wimpff dan Sohn, dan mengadaptasinya supaya ia boleh dimuatkan dengan enjin ciptaannya, sekali gus menghasilkan automobil pertama dunia yang menggunakan empat tayar. Pada 1889, Daimler mencipta enjin 4-lejang dan dua silinder condong (V-Slanted) dengan injap berbentuk cendawan.

enjin-v-slanted-daimler-pandulajudotcomdotmy

Dengan rekabentuk yang mirip enjin Otto keluaran 1876, enjin baru Daimler itu menjadi asas kepada semua enjin kereta pada masa akan datang.

TRANSMISI 4-KELAJUAN

Pada 1889, Daimler dan Maybach membina automobil pertama tanpa mengadaptasi mana-mana enjin kenderaan ciptaan pereka lain seperti yang dilakukan mereka sebelum itu. Automobil baru Daimler itu muncul dengan transmisi 4-kelajuan dan kelajuan mencecah 16kmj, satu inovatif enjin yang cukup mengkagumkan khalayak umum ketika itu.

BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volvo Begitu Sentimental dengan Udang Krai?

DAIMLER MOTOREN-GESELLSCHAFT

Kemudian, pada 1890, Daimler mengasaskan Daimler Motoren-Gesellschaft (DMG) atau Daimler Motors Corporation untuk merancakkan lagi pengeluaran kereta-kereta menggunakan enjin ciptaannya. Rakannya pula, Maybach menjadi individu penting di sebalik rekabentuk kereta Mercedes, di mana beliau akhirnya memutuskan meninggalkan Daimler untuk menubuhkan kilang sendiri menghasilkan enjin pesawat udara Zeppelin.

Pada 1892, beliau menjual kereta pertama dan pada tahun sama beliau jatuh sakit dan terpaksa berehat daripada urusan perniagaan. Ketika kembali semula bekerja, Daimler menghadapi masalah dengan beberapa pemegang saham DMG yang menjadi punca kepada perletakan jawatan sebanyak dua kali, iaitu pada 1893 dan 1894.

Dalam sukan permotoran, pada 1894, sebuah kereta yang menggunakan enjin Daimler memenangi perlumbaan automobil pertama dunia yang banyak menaikkan reputasi hasil cipta pereka ulung berkenaan. Daimler, yang terkenal dengan kata-kata keramatnya, ‘Terbaik atau Tiada Apa-Apa’, menghembuskan nafas terakhir pada 1900, manakala rakannya, Maybach keluar dari DMG pada 1907.

daimler-1894

Pada 1924, pengurusan DMG menandatangani perjanjian kerjasama jangka panjang dengan Benz & Cie AG milik Karl Benz. Dua tahun kemudian (1926), dua syarikat itu sekali lagi bergabung menjadi Daimler-Benz AG, yang kini menjadi sebahagian daripada Daimler AG.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

autotainment gottlieb daimler Pereka Retro Auto sejarah automobil sejarah automotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.