• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GO Auto Buka Pusat Jualan di Johor Bahru, Turut Tawar Diskaun Hingga RM3k

GO Auto Buka Pusat Jualan di Johor Bahru, Turut Tawar Diskaun Hingga RM3k

May 17, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

GO Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Haval di Malaysia terus mengorak langkah agresif menerusi pengenalan pusat jualan terbaharunya di Skudai, Johor Bahru.

Haval menerusi pengedarnya, Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Perindustrian Ringai Kulai itu bakal memberikan perkhidmatan lebih baik buat pelanggan Haval di sekitar kawasan Skudai dan Johor Bahru.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Ang Tading & Motor Credit bersama-sama menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik buat pelanggan di selatan tanah air.

Tambah Azli, Go Auto kini sudah memiliki 24 pengedar seluruh negara. Tujuh daripadanya di selatan tanah air.

" Kedua-dua model yang kami ada iaitu Haval H1 dan H2 diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di mana H1 didatangkan dengan tujuh tahun waranti tanpa had perbatuan.

" Manakala Haval H2 pula didatangkan waranti selama lima tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu)," ujar Azli lagi.

BACA >>> Kemalangan Temukan Jodoh – Pemilik Haval M4 Ini Kongsi Pengalaman Manisnya!

KEMPEN 'HAVAL REIMAGINE' TAWAR DISKAUN RM3,000

Dalam pada itu, Go Auto kini sedang kempen 'HAVAL REIMAGINE' kepada pelanggan baharu dan pemilik HAVAL sedia ada yang berminat membeli H1 dan H2 dengan penjimatan berserta insurans percuma bernilai sehingga RM3,000.

Maklumat lanjut mengenai kempen 'HAVAL REIMAGINE', layari laman microsite HAVAL.Reimagine. Pelanggan juga menghubungi pusat khidmat pelanggan Haval di talian 03 5569 7332 atau layari laman facebook www.facebook.com/havalmy atau instagram di www.instagram.com/havalmy.

BACA >>> Kempen 'HAVAL REIMAGINE' Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhd, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Go Auto, haval jb, haval johor bahru, Haval Malaysia, HAVAL REIMAGINE, pusat jualan haval

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev