Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIIAS2024: Toyota Rush (Aruz) GR Sport 2024 Muncul di Indonesia, Harga Mula RM86.6k!
Roda4

#GIIAS2024: Toyota Rush (Aruz) GR Sport 2024 Muncul di Indonesia, Harga Mula RM86.6k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz mungkin dilihat sebagai satu-satunya model sejuk dalam keseluruhan barisan produk jenama itu di Malaysia.

Malah UMW Toyota Motor juga sudah menamatkan tawaran Toyota Rush sejak awal tahun ini. Faktornya dikaitkan dengan prestasi jualan rendah dan wujud model dijenama semula (rebadged), Perodua Aruz.

Mungkin ramai tidak tahu Rush sebenarnya dipasang di kilang Perodua di Rawang, Selangor, manakala Aruz menjadi satu-satunya model sejuk dalam barisan produk Perodua.

Namun, lain pula cerita di Indonesia kerana kira-kira tiga bulan lalu, Toyota Astra Motor (Toyota Indonesia) memperkenalkan Toyota Rush GR Sport 2024 versi dipertingkat.

Sempena penganjuran Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024, SUV itu turut tersenarai sebagai model tontonan umum, dan varian dipamerkan menggunakan transmisi automatik. Berikut perincian:

PERUBAHAN MODEL DIPERTINGKAT 2024

Toyota Rush GR Sport 2024 versi dipertingkat menerima kemas kini bahagian luaran dan kabin seperti:

  • Spoiler bampar depan baharu hitam kilat.
  • Spoiler bampar belakang baharu.
  • Over fender hitam kilat baharu
  • Gril hitam kilat
  • Skirt sisi hitam kilat
  • Rim aloi dwi-tona
  • Papan pemuka sporty
  • Kabin hitam
  • Unit infotainmen 9 inci AVX dengan konektiviti telefon pintar
  • Perehat tangan dan kepala menggunakan material lebih lembut

CIRI SEDIA ADA

  • Hendal pintu hitam
  • Visor cermin sisi
  • Perumah cermin sisi hitam
  • Lencana GR
  • Perehat kepala dengan sulaman GR
  • Karpet GR
  • Penutup tayar ganti (bawah kenderaan)

HARGA

  • Varian automatik – Rp310.45 juta (RM89,790)
  • Varian manual – Rp299.75 juta (RM86,670)

SPESIFIKASI

  • Enjin 4-silinder sebaris 1,496cc DOHC Dual VVT-i 16 injap berkuasa 102.5hp @ 6,000rpm, dan tork 136Nm @ 4,200rpm.
  • Transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.
  • Brek cakera di depan, dan brek dram di belakang.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 215/60.
Auto Terkini Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 perodua aruz Roda4 Toyota Rush
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.