Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#GIIAS2018: Honda Forza 250 di Indonesia – Harga RM19k, Malaysia Menyusul Tahun Ini?
Roda2

#GIIAS2018: Honda Forza 250 di Indonesia – Harga RM19k, Malaysia Menyusul Tahun Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA pasaran jiran Indonesia terlebih dahulu menerima skuter maxi, Honda Forza 250. PT Astra Honda Motor baru saja memperkenalkan model itu di Pameran Auto Gaikindo Antarabangsa Indonesia (GIIAS) 2018.  Pesaing Yamaha XMax itu ialah model yang diimport dari Thailand dengan harga anggaran ialah Rp70 juta (RM19,699). Bagaimanapun, harga rasmi akan diumumkan Oktober depan.

Kemewahan penampilan Honda Forza dapat dilihat menerusi lekuk badan dengan rekaan sporty dan agresif. Penggunaan lampu LED di semua bahagian lampu melengkapkan imej skuter maksi tersebut. Malah kali pertama diperkenalkan dalam kelas ialah visor pengadang angin boleh laras elektrik.

BACA >>> #BIMS2018: Honda Forza 300 Jengah Pasaran Thailand, Harga ฿169,000 (RM21k)

Skuter ini juga dilengkapi ciri Kawalan Tork Pilihan (Honda Selectable Torque Control – HSTC), sebagai kawalan traksi yang berfungsi mengelak gelinciran tayar. Ciri lain ialah kombinasi panel meter digital informatif dan lengkap dengan aksen krom mewah.

Tidak ketinggalan Forza 250 juga didatangkan dengan Sistem Kunci Pintar Honda yang digabungkan bersama ciri anti kecurian dan Sistem Jawab Semula (Answer Back System), termasuk soket mengecas di depan.

Model ini dijana enjin bersesaran 250cc PGM FI, SOHC penyejukan cecair, berkuasa 23.1hp @ 7,500rpm dan tork 24Nm @ 6,250rpm. Ukuran U-box lebih besar dapat menyimpan dua helmet dan barangan lain. Pilihan warna ada tiga, iaitu: Pearl Horizon White (putih), Sword Silver Metallic (perak), dan Mat Gunpowder Black Metallic (hitam).

BACA >>> Boon Siew Honda Kembali Mengganas – Bakal Lancar 10 Model Sepanjang 2018

Adakah pelancaran Forza 250 di Indonesia itu ialah petanda kehadiran skuter maxi tersebut di Malaysia dalam masa terdekat? Forza ialah salah satu model produk 2018 dalam senarai Boon Siew Honda (BSH). Tetapi buat masa ini, masih belum diketahui pilihan sesaran enjin untuk pasaran tempatan. Sama-sama kita nantikan.

Jika tidak tersalah pandang, kami pernah ternampak model berkenaan di parkir JPJ. Jika anda peminat skuter,, varian Forza manakah anda cadangkan untuk dibawa masuk BSH nanti?

GALERI
Boon Siew Honda Forza 250 GIIAS 2018 Honda Honda Forza Honda Forza 250 Indonesia Pameran Auto Gaikindo Antarabangsa Indonesia (GIIAS) 2018 roda2 skuter skuter maksi skuter maxi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Bikin Auto

    #BikinAuto: Honda Integra Type R DC2 Oleh Tolman Engineering, Konsep Standard Kilang!

    13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    13/04/2026

    1 Comment

    1. Nigel on 18/02/2019 16:08

      Will there be any Honda Forza 250 for sale in Malaysia in 2019?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.