• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geng Kereta Mohon Maaf Peserta Buat Kecoh, Drift di Lebuhraya DASH

Geng Kereta Mohon Maaf Peserta Buat Kecoh, Drift di Lebuhraya DASH

February 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KELAB kereta, NoEqual.co dan Motor Drive Group tampil mengeluarkan permohonan maaf atas kekecohan dicetuskan segelintir peserta perhimpunan dua kelab tersebut di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Denai Alam pada awal pagi 26 Februari.

Walaupun penganjur sudah menetapkan syarat ketat seperti larangan membuat kecoh di kawasan perjumpaan, tetapi masih ada peserta berdegil dan terlebih teruja.

BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
BACA >>> Thailand Guna Lintasan Pejalan Kaki Latar Merah

no equal sorry
Motordrive sorry

Aksi itu membuka mata pihak konsesi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), iaitu Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PROLINTAS) yang menyatakan akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membendung kegiatan haram di lebuh raya.

Berdasarkan pemantauan pihak DASH dan PDRM, beberapa kesan tayar 'drift' dikesan sekitar kawasan berkenaan. DASH menegaskan tiada permit sah dikeluarkan untuk sebarang perhimpunan besar seperti itu di RnR berkenaan.

Malah, DASH sendiri melarang keras kegiatan berlumba atas lebuh raya, dan turut menasihati pengguna supaya sentiasa mematuhi had laju dan peraturan ditetapkan. JSPT pula merancang menjalankan operasi di kawasan terbabit selepas ini.

Tidak salah hendak berkumpul, tetapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

BACA >>> Penghantar Makanan Jadi Mangsa Maut Pertama di Lebuhraya DASH
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

 

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Denai Alam, drift, Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH), NoEqual, perjumpaan kereta, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PROLINTAS), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), RR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev