Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Model Prestasi Pertama Jenama Mewah Hyundai Group, Genesis GV60 Magma 2026 Lancar!
Kenderaan Elektrik (EV)

Model Prestasi Pertama Jenama Mewah Hyundai Group, Genesis GV60 Magma 2026 Lancar!

Abang HirataBy Abang Hirata28/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Genesis GV60 Magma 2026

BERTEMPAT di Litar Paul Ricard, dekat Marseille, Perancis jenama mewah Hyundai Motor Group (HMG), Genesis melancarkan model pengeluaran prestasi pertama Genesis GV60 Magma 2026.

Genesis, yang mencapai sejuta unit jualan global terpantas dalam sejarah jenama mewah, melihat Magma sebagai deklarasi untuk 10 tahun yang lebih signifikan.

Visi, Falsafah Magma

Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026

Falsafah Mewah Prestasi Tinggi (Luxury High Performance) dipegang Genesis dibina berasaskan falsafah rekabentuk Keanggunan Atletik (Athletic Elegance), dengan mengutamakan keseimbangan kuasa, dinamik pemanduan yang ditala teliti dan keharmonian pemandu-kereta serta tidak hanya bergantung aspek tenaga berlebihan semata-mata.

Program Magma adalah perjalanan eksperimen yang dibangunkan melalui kereta konsep selama bertahun-tahun (termasuk GV80 Coupe Concept, X Gran Berlinetta Concept, G80 Magma Special).

Rekabentuk

Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026

Berbanding GV60 sedia ada, rekabentuk Genesis GV60 Magma menampilkan gaya lebih lebar dan rendah (dikurangkan 20mm), dengan bampar depan tiga ventilator baharu untuk penyejukan optimum.

Ciri lain seperti rim tempa 21 inci eksklusif Magma, tayar 275mm dan spoiler jenis sayap belakang yang berfungsi menghasilkan daya mendap (downforce).

Genesis GV60 Magma 2026

Dalam kabin menggunakan Chamude (bahan seperti sued premium) pada tempat duduk, trim pintu dan konsol, yang diperinci dengan sulaman jingga dan kelabu khas Magma. Kemasan gelap (hitam kilat tinggi/logam gelap) pada butang dan emblem digunakan untuk mengurangkan silau.

Prestasi

Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026

Genesis GV60 Magma 2026 diletakkan antara model prestasi tertinggi HMG. Output gabungan motor depan dan belakang ialah 448kW (609hp) dan tork 740Nm.

Apabila mod Boost diaktifkan kira-kira 15 saat, kuasa meningkat kepada 478kW (650hp) dan tork 790Nm, dengan kelajuan tertinggi 264kmj.

Menerusi ciri Kawalan Luncur (Launch Control), GV60 Magma mampu memecut 0-200kmj sepantas 10.9 saat. Hyundai dengan prestasi kenderaan elektrik (EV) bukan asing. Sebagai contoh IONIQ 5 N dengan fungsi N Grin Boost mampu memberikan kuasa setinggi 650ps dan tork 770Nm.

Ciri teknikal lain seperti:

  • Sistem Suspensi: Dioptimum dengan kalibrasi semula pusat olengan, Hydro G-Bushing (depan), bushing dua lapis (belakang), dan gabungan Suspensi Kawalan Elektronik (ECS) dengan End-of-Travel (EoT)
  • Sistem Brek: Dinaik taraf dengan kaliper monoblok depan dan diameter cakera brek besar
  • Mod Pemanduan: Ada tiga mod: Sprint, GT, dan MY (boleh dikustom untuk e-LSD dan ESC)

Antaramuka Pemanduan

Genesis GV60 Magma 2026

Genesis GV60 Magma 2026 mempunyai paparan antaramuka digital khas yang direka untuk pengalaman memandu terperinci:

  • Mod Magma: Mengubah kluster instrumen kepada susun atur tiga bulatan yang memaparkan suhu motor/bateri, halaju dan Daya G
  • Ciri Infotainmen Eksklusif: Sistem Anjakan Gear Virtual (VGS) meniru anjakan gear dan bunyi enjin pembakaran dalaman (ICE), dengan fungsi Mod Drift, dan Kawalan Bateri Prestasi Tinggi (HPBC) yang mengoptimum suhu bateri
  • Penebat: Mengekalkan ketenangan kabin melalui kawalan bunyi jalanan aktif Active Noise Control-Road (ANCR) dan kaca penebat bunyi

Ketersediaan Global

Genesis GV60 Magma 2026, yang sebelum ini memenangi kelas Kereta Pengeluaran 4-kerusi di acara Goodwood Festival of Speed 2024, akan dilancarkan di pasaran Korea pada awal 2026 sebelum disusuli pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis GV60 Magma 2026
Genesis Genesis GV60 Genesis GV60 Magma Genesis GV60 Magma 2026 GV60 Magma Hyundai Group Hyundai Motor Group
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Roda4

Porsche ‘K1’ SUV Elektrik Lebih Besar Daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.