Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Genesis G80 (2018) Tawar 5 Ciri Keselamatan Termaju Sebagai Standard
Roda4

Genesis G80 (2018) Tawar 5 Ciri Keselamatan Termaju Sebagai Standard

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELAMAN pembelian dan servis eksklusif Genesis G80 (2018) ialah salah satu nilai unik sedan mewah tersebut. Pembeli ada banyak alasan untuk membeli model tersebut dan antara sebabnya ialah ciri keselamatan standard yang ditawarkan.

Jika model mewah lain menawarkan ciri keselamatan premium dalam pakej serba mahal, sebaliknya Genesis G80 menampilkan ia sebagai pakej standard. Teknologi keselamatan Genesis Smart Sense dibangunkan bagi meningkatkan keyakinan, kesedaran dan ketenangan ketika memandu.

Genesis Smart Sense membantu Genesis G80 mendapat rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) 2018 dalam kategori keselamatan.

1. BANTUAN KEKAL LORONG (LKA) DAN AMARAN LENCONG (LDW)


Dengan menggunakan keupayaan kamera, kedudukan relatif G80 dan garisan jalan digunakan sepenuhnya. Ini bermakna bantuan pengekalan laluan dapat mengesan setiap pergerakan yang tersasar daripada laluan asal. Ia juga mampu memberikan bantuan pengendalian untuk membetulkan kembali kedudukan ke dalam laluan tersebut, berupaya meningkatkan keselamatan dan membantu mengurangkan keperluan input pemandu terutamanya ketika mereka kehilangan perhatian dan fokus. Ciri keselamatan ini mampu bertindak menjadi pembantu elektronik, dengan memastikan model G80 kekal di dalam laluannya.

2. KAWALAN JELAJAH PINTAR (SCC) DENGAN FUNGSI HENTI-MULA


Tetapkan kelajuan kawalan jelajah (cruise control) dan jarak kereta hadapan yang diinginkan, isyarat ini akan digunakan radar depan G80 bagi mengekalkan kelajuan dan kedudukan di dalam trafik tanpa perlu menyentuh pedal. Dengan sistem ini diaktifkan, G80 akan mengawal kelajuan dan kepantasan dan memberi respon kepada perubahan trafik. Ia juga mampu menghentikan kereta sepenuhnya dan meluncur kembali di samping memastikan jarak selamat di antara pemandu dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

3. PENGESAN TITIK BUTA (BSD) DAN AMARAN TRAFIK LINTAS BELAKANG (RCTA)

Genesis G80 juga mempunyai pemandu di belakang, depan dan di setiap sisi. Menggunakan teknologi radar yang turut dilengkapkan di penjuru belakang kereta ini, pengesan titik buta dengan amaran trafik belakang membantu pemandu sekiranya terdapat kenderaan lain di belakang titik buta sedan mewah ini dengan memaparkan ikon pada cermin pandang belakang. Sistem pintar ini mampu mengesan kereta, trak, motosikal dan kenderaan lain serta mampu memberi amaran yang jelas ketika pemandu menukar laluan.

Apabila model ini diletakkan di dalam mod mengundur, sensor yang sama akan meningkatkan isyaratnya untuk laluan belakang. Sensor ini akan mengimbas kawasan di belakang kereta pada sudut 90 darjah dan akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kereta lain yang akan melintas di belakang ketika mengundur. Ciri-ciri ini amat berguna ketika mengundur di celah-celah halangan sukar yang mengganggu penglihatan jelas pemandu.

4. BREK KECEMASAN AUTOMATIK (AEB) DENGAN PENGESAN PEJALAN KAKI


Sistem yang mampu menyelamatkan nyawa ini mengambil data daripada peranti kamera dan radar G80 bersama keupayaan untuk menghentikan kereta secara automatik sekiranya berdepan dengan halangan-halangan yang tertentu. Genesis G80 dapat mengaktifkan brek secara automatik tanpa sebarang input dari pemandu untuk berhenti bagi mengelakkan sebarang impak dengan kenderaan lain mahupun pejalan kaki yang melintas jalan. Pada situasi ketika pemandu kabur dan tidak peka dengan persekitaran mereka, sistem ini dapat memastikan tahap keselamatan pemandu masih terjamin.

5. BANTUAN SULUH TINGGI (HBA)


Ia direka untuk memastikan pemandu mendapatkan output yang optimal daripada sistem lampu depan pada bila-bila masa sahaja. Sistem bantuan lampu tinggi ini menggunakan kamera depan G80 untuk mengesan kenderaan di depan. Ketika tiada kenderaan di depan, sistem ini akan diaktifkan secara automatik. Apabila terdapat kenderaan lain di depan ataupun ketika G80 sedang menyusuri trafik pada waktu malam, lampu rendah pula akan diaktifkan. Sistem automatik ini berfungsi secara menyeluruh, memberi fokus yang lebih tinggi di jalanraya dan mengurangkan keletihan buat pemandu terutamanya pada pemanduan malam.

6. KAMERA PANDANG BELAKANG

Menggunakan keupayaan penuh kamera dan teknologi pemprosesan imej, model G80 menawarkan liputan beresolusi tinggi untuk persekitaran di belakang terutamanya ketika pemandu sedang mengundur ke dalam kawasan yang sempit. Dengan keupayaan melihat persekitaran belakang dengan terperinci, sistem kamera belakang ini membuatkan model G80 dan persekitarannya lebih selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Genesis G80.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Genesis G80 hyundai Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.