GEMPAK Santai Modenas 2019 kembali lagi dan berlangsung dengan lebih meriah dengan kehadiran 1,204 penyertaan daripada pemilik Modenas seluruh negara.
Acara yang berlangsung di Dataran Pantai Morib, Banting itu adalah susulan kejayaan Gempak Santai Modenas versi pertama pada tahun lalu.
Selain mahu merapatkan lagi hubungan sesama pemilik motosikal Modenas, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan selain memberi kesedaran keselamatan jalan raya.
Antara aktiviti dijalankan ialah demonstrasi jentera Cub Prix, tunggang uji, kempen servis, tunggang motor paling perlahan dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berjumlah RM20,000 termasuklah Modenas V15 versi kustom sebagai hadiah utama. Menariknya, pengunjung bertuah dari Kedah, Elias Abdul Mansor dipilih sebagai pemenang utama.
Menurut Modenas, acara Gempak Santai kali ini menerima sambutan hangat dan melepasi sasaran ditetapkan. Ia juga akan terus dijadikan sebagai acara tahunan dan terbuka kepada orang ramai termasuklah mereka yang bukan daripada kalangan pemilik motosikal Modenas.
BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?
BACA >>> 4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250
Leave a Reply