
SELEPAS membuat kemunculan sulung sebagai model konsep Galaxy Cruiser di Auto Shanghai 2025, Geely kini mendedahkan reka bentuk luaran dan dalaman SUV hardcore pelbagai permukaan (all-terrain) berkuasa AI pertamanya, Geely Zhanjian 700.
Model ini menggabungkan keupayaan off-road yang lasak dengan prestasi elektrik pintar, sekali gus menterjemah visi mobiliti pintar Geely ke fasa produksi.
Reka Bentuk Ripple Ke Versi Produksi

Reka bentuk Zhanjian 700 membawakan visi kereta konsep Geely melalui pendekatan ripple aesthetic.
Luarannya menampilkan keseimbangan antara kekuatan dan keanggunan dengan kemasan permukaan premium, perincian serta aura mewah SUV hardcore.
Ruang kabin pula menyatukan aspek rugged yang praktikal dengan sentuhan gaya hidup sofistikated.
Ciri utama seperti reka bentuk tuas gear yang mendapat pujian ramai dikekalkan bagi memastikan kualiti tinggi dan fungsi yang memfokuskan kepada pengguna.

Nadi Berteknologi AI dan Prestasi All-Terrain
Dibangunkan di atas platform teknologi AI spektrum penuh Geely, Zhanjian 700 dilengkapi spesifikasi teknikal flagship:
- Arkitektur Elektronik EEA4.0: Seni bina generasi baharu untuk pengurusan sistem kenderaan yang lebih pintar.
- Kerangka Bersepadu (Integrated Frame): Struktur inovatif yang direka khusus untuk ketahanan lasak.
- Sistem Pacuan 4 Roda (4WD) Tiga Motor: Sistem pintar setaraf model mewah yang menyokong pertukaran automatik antara pacuan roda hadapan, belakang, dan empat roda.
- Mobiliti Ekstrem: Menyokong fungsi crab-walk untuk pemanduan di permukaan mencabar dan keupayaan redah air sehingga 800 mm.
Ujian di Sweden

Jentera ini telah pun selepas ujian musim sejuk melampau di Colmis Extreme Cold Test Ground, Sweden, dan kini sedang menjalani pengesahan keadaan ekstrem di peringkat global.
Proses ini bertujuan memastikan kebolehpercayaan struktur, rangkaian kuasa dan kestabilan pengendalian mencapai standard tertinggi.
Spesifikasi Ringkas Geely Zhanjian 700
- Sistem Pacuan: 4WD pintar (AI-powered), tiga motor
- Arkitektur: EEA4.0
- Struktur: Kerangka bersepadu (integrated frame)
- Kedalaman Redah Air: 800 mm
- Ciri Tambahan: Crab-walk, suspensi aktif
Geely Galaxy Cruiser 2025





















