• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Preface Menang Kereta Terbaik Tahunan (COTY) China 2021

Geely Preface Menang Kereta Terbaik Tahunan (COTY) China 2021

November 30, 2020 By AI Leave a Comment

380
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY Preface menerima banyak pengiktifan di negara asalnya China dan terbaharu sedan eksekutif itu meraih anugerah Kereta Terbaik Tahunan (COTY) 2021 pada Pameran Auto Guangzhou 2020, baru-baru ini.

Geely buat kali pertama mendedahkan teknologi kemas kini dan naik taraf perisian mobil secara wayarles dipanggil FOTA (Firmware Over-the-Air) untuk Preface.

BACA >>> #PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

Ini teknologi pertama untuk kenderaan jenis enjin pembakaran dalaman. FOTA membolehkan Preface dikemas kini berterusan dari jarak jauh menerusi naik taraf tambahan pada perisian dalam kereta, kuasa kenderaan, dinamik pemanduan, ciri bantuan pemanduan dan sistem bersepadu lain.

COTY China 2021 dinilai 41 wartawan dan pakar automotif dengan majoriti memilih Preface sebagai model baharu terbaik keseluruhan dilancarkan di China sepanjang 2020.

Preface ialah sedan yang dibina berasaskan platform CMA daripada Geely Auto yang kali pertama dipamerkan sebagai model konsep pada Pameran Auto Shanghai 2019. Model pengeluaran dilancarkan lewat 2020 selepas Pameran Auto Beijing.

Pelancaran Preface menandakan penyertaan Geely Auto dalam era Innovative Geely 4.0 dengan pembangunan model berasaskan senibina modular termaju yang menumpukan aspek konektiviti, kepintaran, kualiti dan keselamatan.

Jualan model itu bermula Oktober lalu di China, dan akan memasuki pasaran global pada masa akan datang. Di Malaysia, ramai mengharapkan Preface menjadi model penjenamaan semula untuk Proton Perdana serba baharu. Adakah anda berminat?

BACA >>> Proton Sedang Bangunkan Exora Baharu Mirip Geely Jia Ji?
BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

geely-preface-1
geely-preface-2
geely-preface-3
geely-preface-4
geely-preface-5
geely-preface-6
geely-preface-7
geely-preface-8
geely-preface-9
geely-preface-10
geely-preface-11
380
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: auto terkini, COTY, COTY China 2021, Geely, Geely Preface, Kereta Terbaik Tahunan (COTY) China, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my