Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Holding Catat Rekod Jualan 4.11 Juta Unit Sepanjang 2025
Auto Terkini

Geely Holding Catat Rekod Jualan 4.11 Juta Unit Sepanjang 2025

Abang HirataBy Abang Hirata26/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan Geely Auto

ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding)  mengumumkan pencapaian luar biasa bagi tahun fiskal 2025 dengan jumlah jualan agregat mencecah 4,116,321 unit.

Angka itu mencatatkan peningkatan 26 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadi rekod tertinggi dalam sejarah kumpulan itu.

Pencapaian itu juga menandakan kali pertama kumpulan tersebut melepasi ambang jualan 4 juta unit dalam tempoh setahun dengan momentum pertumbuhan berterusan selama lima tahun berturut-turut.

Strategi Deklarasi Taizhou, Transformasi One Geely

Geely

Kejayaan besar itu didorong pelaksanaan Deklarasi Taizhou dan pemulihan strategi One Geely yang mempercepat transformasi strategik kumpulan.

Fokus utama diberikan kepada perniagaan automotif teras, peluasan ekosistem teknologi dan peningkatan daya saing setiap jenama.

Melalui integrasi dan penyatuan beberapa jenama dalam portfolio kumpulan, Geely berjaya meningkatkan sinergi dalaman dan memperkukuh kecekapan operasi.

Selain itu, kerjasama dengan rakan kongsi global terus diperluas bagi memantapkan jangkauan pasaran di peringkat antarabangsa.

Dominasi Kenderaan Tenaga Baharu, Alternatif Bersih

Geely EX5 Thailand

Segmen kenderaan elektrik (EV) dan bahan api alternatif bersih menjadi pemacu utama pertumbuhan pada 2025.Jualan dalam kategori itu melonjak kepada 2,293,099 unit, meningkat 58 peratus berbanding tahun lalu.

Kenderaan tenaga baharu (NEV) kini merangkumi 56 peratus daripada keseluruhan jualan agregat kumpulan.

Inovasi dalam aspek elektrifikasi dan teknologi pintar membolehkan jenama di bawah naungan kumpulan memperkenalkan pelbagai produk elektrik kompetitif di pasaran global.

Trenkuasa, Ekosistem Mobiliti

Bot penumpang elektrik metanol-hidrogen, Geely YuanChun 001

Geely terus memacu inovasi melalui pembangunan teknologi yang melangkaui kenderaan konvensional:

  • Ekosistem Mobiliti 3D: Kumpulan sedang memperluaskan ekosistem mobiliti tiga dimensi yang merangkumi ruang darat, udara dan angkasa bagi mencipta pengalaman pengguna yang melangkaui jangkaan
  • Fokus Teknologi Pintar: Penyelidikan utama tertumpu kepada teknologi tenaga baharu, keselamatan kenderaan, ketersambungan pintar serta kecerdasan buatan AI domain penuh
  • Teknologi Metanol Hidrogen: Pelancaran kapal sungai hibrid metanol hidrogen pertama dunia, iaitu Yuanchuan 001 yang dikuasakan teknologi trenkuasa metanol hidrogen Geely menjadi bukti penyelesaian hijau bagi transformasi pengangkutan maritim

Prestasi Geely Auto, Geely Galaxy

Geely EX2 lancar di Brazil

Geely Auto mencatatkan rekod jualan 3,024,567 unit dengan peningkatan 39 peratus. Pertumbuhan itu dipacu peluasan kehadiran global dan jualan EV yang meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,687,767 unit.

Siri elektrik perdana Geely Galaxy mencatatkan prestasi luar biasa dengan jualan 1.23 juta unit, sekali gus melepasi sasaran tahunan 1 juta unit.

Prestasi Lynk & Co, Zeekr

Zeekr 7X lancar di Malaysia
Jenama premium Lynk & Co menyerahkan 350,495 unit kenderaan kepada pengguna secara global pada 2025, meningkat 23 peratus, manakala jenama teknologi mobiliti elektrik mewah Zeekr mencatatkan jualan 224,133 unit.

Zeekr turut menyelesaikan pelan integrasi bersama Lynk & Co, dan melengkapkan integrasi strategik dengan Geely Auto bagi memperkukuh sinergi kumpulan serta daya saing global.

Prestasi Proton di Malaysia

Proton Saga 2026 Serba Baharu

Kerjasama Geely dan Proton di Malaysia mencatatkan jualan 162,601 unit dengan peningkatan 7 peratus. Walaupun jualan keselururan industri (TIV) Malaysia menyusut 0.2 peratus, Proton berjaya mengekalkan kedudukan kedua dengan pegangan pasaran 19.4 peratus.

Pelancaran Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim juga menandakan langkah besar Malaysia ke arah era EV pintar.

Prestasi Volvo Cars, Polestar dan Lotus

Sedan elektrik, Volvo ES90 2026 lancar di Thailand

Volvo Cars mencatatkann jualan 710,042 unit dengan 323,294 unit (46 peratus) ialah model elektrik. Polestar pula mencatatkan penghantaran global lebih 60,000 unit dengan pertumbuhan lebih 30 peratus.

Lotus Cars memasuki fasa pembangunan baharu dengan menumpukan pasaran China melalui dua model EV utama, Eletre dan Emeya.

Lotus Emeya

Eletre yang juga kenderaan utiliti suksn (SUV) elektrik prestasi pertama Lotus mencatatkan peningkatan jualan 30 peratus di China, sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama tersebut dalam segmen ultra mewah.

Prestasi Farizon (Kenderaan Komersial)

Jenama kendersaan komersil bawah Geely Group, Farizon

Farizon mengekalkan kedudukan sebagai peneraju trak ringan tenaga baharu di China untuk tahun keempat berturut-turut dengan jualan 162,019 unit, dan mencapai jualan kumulatif lebih 500,000 unit sejak dilancarkan.

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune

Ringkasan Pencapaian Utama 2025

  • Jumlah jualan keseluruhan: 4,116,321 unit
  • Peningkatan jualan tahun ke tahun: 26 peratus
  • Jualan kenderaan tenaga baharu (NEV): 2,293,099 unit
  • Peningkatan jualan NEV: 58 peratus
  • Peratusan NEV daripada jualan keseluruhan: 56 peratus
  • Jualan Geely Auto: 3,024,567 unit
  • Jualan Geely Galaxy: 1,230,000 unit
  • Jualan Volvo Cars: 710,042 unit
  • Jualan Lynk & Co: 350,495 unit
  • Jualan Zeekr: 224,133 unit
  • Jualan Proton: 162,601 unit
  • Jualan Farizon (kenderaan komersial): 162,019 unit
  • Jualan kumulatif Farizon: 500,000 unit
  • Jualan Polestar: 60,000 unit
  • Eksport Geely Auto: 420,097 unit
  • Eksport kenderaan elektrik Geely Auto: 120,000 unit
  • Sasaran jualan Geely Automobile Group 2026: 3,450,000 unit
  • Sasaran jualan NEV 2026: 2,220,000 unit
Geely Geely Holding ZGH Zhejiang Geely Holding Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.