• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gara-Gara Mabuk, Lelaki Maut Kereta Terjun Sungai

Gara-Gara Mabuk, Lelaki Maut Kereta Terjun Sungai

October 19, 2020 By Admin Leave a Comment

759
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANGKARA mabuk, seorang pemandu maut apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Batu dekat bulatan Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

Insiden berlaku jam kira-kira jam 10 malam membabitkan mangsa lelaki berusia 20 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios yang juga pekerja di sebuah kedai membaiki telefon bimbit bersama rakannya, lelaki berusia 18 tahun.

BACA >>> Minimum Penjara 10 Tahun, Denda RM50k untuk Pemandu Mabuk Sebab Kematian

Toyota Vios terbabas [1]
Toyota Vios terbabas [2]

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong yang mana kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Batu.

Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian dan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Mayatnya kini dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, manakala rakan penumpang sempat diselamatkan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Pelajar Tingkatan Lima Maut Kena Rempuh Pemandu Mabuk

SUMBER : SinarHarian | TheStar

759
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mabuk, pemandu mabuk, Pemandu Mabuk Maut Terjunam Sungai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my