• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Tingkatan Lima Maut Kena Rempuh Pemandu Mabuk

Pelajar Tingkatan Lima Maut Kena Rempuh Pemandu Mabuk

September 22, 2020 By Azizi H Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja 17 tahun maut akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Mangsa ialah Muhammad Hazeq Hakimi Romli, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 3 pagi.

BACA >>> Saintis Bangunkan Telefon Pintar dengan Fungsi Pengesan Mabuk

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata kemalangan berlaku apabila pemandu Myvi dari susur Jalan Sri Amar, Chow Kit mengubah laluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam di laluan tersebut.

"Pada masa sama penunggang motosikal yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut gagal mengelak dan melanggar pintu sisi depan bahagian kiri Myvi berkenaan," katanya.

Menurut Zulkefly, mangsa ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Pemandu Myvi itu, yang berusia 36 tahun, didapati memandu dengan paras alkohol melebihi paras dibenarkan. Suspek, yang bekerja sebagai pelatih anjing itu kini direman empat hari untuk membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Minimum Penjara 10 Tahun, Denda RM50k untuk Pemandu Mabuk Sebab Kematian

pemandu-myvi-mabuk-1
pemandu-myvi-mabuk-2
pemandu-myvi-mabuk-3

SUMBER: BeritaHarian

Artikel Berkaitan

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, Auto Terkini, kemalangan, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, pemandu mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my