• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gagal Anjur MotoGP, Dorna Saman Litar KymiRing

Gagal Anjur MotoGP, Dorna Saman Litar KymiRing

November 30, 2022 By Aryon Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGENDALI MotoGP dan pemegang hak Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Dorna menyaman pemilik Litar KymiRing atas kegagalan penganjuran pusingan GP Finland dalam kejuaraan dunia itu.

Pusingan GP Finland yang sepatutnya dianjurkan pada 2021 ditangguhkan musim ini selepas barisan pelumba mengecam litar sebagai membosankan, tetapi kemudian turut dibatalkan.

BACA >>> Litar KymiRing di Finland Siap Sepenuhnya, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2020!
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: GP Finland 2022 Batal!

Terbaharu, stesen Finnish TV melaporkan pengendali litar tersebut difailkan bangkrap hingga membuatkan Dorna turut terpaksa menanggug kerugian.

Dorna dikatakan cuba mendapatkan semula kerugian berjumlah €6.4 juta (RM29 juta) dari segi perjanjian promosi yang ditandatangani kedua-dua pihak pada Julai 2021. Ini kerana Dorna gagal menerima sebarang bayaran daripada pengendali litar itu walaupun sudah menyediakan perincian kos pada musim bunga tahun ini.

GP KymiRing sepatutnya menjadi pusingan  pertama MotoGP di Finland sejak 1982. Malah, mantan pelumba Finland, Mika Kallio, yang kini menjadi penunggang uji dan pembangunan Red Bull KTM, turut mengkritik kondisi litar tersebut pada 2019 sebagai trek membosankan dan menggesa ia diubah suai.

Berita terbaharu itu mungkin menamatkan pembabitan Finland sebagai salah satu pusingan MotoGP di Eropah.

BACA >>> GP Jerman, Belanda dan Finland Dibatalkan, MotoGP 2020 Dijangka Mula Ogos Ini
BACA >>> Tiada Pemandu, Tiada Masalah - Bas Pandu Automatik Kini di Ibu Kota Finland

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Dorna, Finnish TV, GP Finland, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Litar KymiRIng, Mika Kallio, MotoGP, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my