• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GAC GS3 Turbo (2023) Bakal Tiba ke Malaysia Sebagai Unit CKD

GAC GS3 Turbo (2023) Bakal Tiba ke Malaysia Sebagai Unit CKD

May 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN pengumuman projek pemasangan tempatan (CKD) bernilai lebih RM60 Juta antara WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) dan Guangzhou Automobile Group (GAC), model pertama yang bakal dibawa masuk sebagai unit CKD di Malaysia ialah GAC GS3 generasi kedua.

Ketika ini, GAC Motor Malaysia hanya menjual model GAC GS3 generasi pertama versi import (CBU), tetapi kerjasama WTCA dan GAC bakal menyaksikan kehadiran model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B generasi kedua yang lebih canggih pada harga lebih mampu milik.

Difahamkan, model CKD baharu itu dijana enjin 1.5 Turbo Direct Injection (TDI) generasi ketiga, transmisi dual-klac WDCT 7-kelajuan yang menghasilkan 175hp dan tork 270Nm @ 1400-4500rpm.

Sebagai perbezaan, GAC GS3 generasi pertama yang sedang dijual ketika ini menggunakan enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.5L berkuasa 111hp dan tork 150Nm.

Model ini turut diberikan rekabentuk generasi baharu dan sistem bantuan pemandu termaju tahap 2 dengan bantuan pemanduan pintar seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Cegah Kemalangan (AAS) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan lain-lain.

Butiran lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

GAC GS3 (generasi pertama) dijual di Malaysia pada harga RM96,800. Agaknya berapa harga model generasi baharu GS3 versi CKD kelak? Mungkin boleh kekal bawah RM100,000.

BACA >>> WTCA Umum Projek CKD Model GAC Bernilai Lebih RM60j, Pertama Di ASEAN
BACA >>> GAC GS3 Terjah Pasaran Malaysia, Mampukah Lawan X50, HR-V? Harga Mula RM88k!

GAC CKD (3)
GAC CKD (4)
GAC GS3 - 16
GAC GS3 - 11
GAC GS3 - 9
GAC GS3 - 8
GAC GS3
GAC GS3 - 2
GAC GS3 - 1
GAC GS3 - 0
GAC GS3 - 7
GAC GS3 - 15
GAC GS3 - 10
GAC GS3 - 4
GAC GS3 - 3
GAC GS3 - 13
GAC GS3 - 12
GAC GS3 - 5
GAC GS3 - 6
GAC GS3 - 14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: CKD, GAC GS3, GAC Motor, generasi kedua, turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev