Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Foto Acah Lexus LBX (2023) Didedahkan, Lancar 5 Jun Nanti! Adakah SUV Segmen-B Mewah?
Auto Terkini

Foto Acah Lexus LBX (2023) Didedahkan, Lancar 5 Jun Nanti! Adakah SUV Segmen-B Mewah?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS mendedahkan beberapa foto acah model terbaharu Lexus LBX (2023) sebelum debut perdana 5 Jun ini di Milan, Itali.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai model baharu itu, Lexus LBX (2023) dibangunkan berasaskan platform TNGA-B yang dikongsi bersama Toyota Yaris di Eropah.

Berdasarkan foto didedahkan, kedudukan lampu belakang yang sedikit tinggi nampak mirip kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover.

Foto seterusnya menunjukkan lampu depan dengan gril seakan Lexus RX dengan perincian krom ditengah.

Menurut Car Magazine UK, nama Lexus LBX (2023) juga boleh dispekulasi menjadi ‘L’ sebagai singkatan untuk Lexus, B mungkin bermaksud ia bakal diposisikan sebagai model segmen-B, manakala X membawa maksud crossover atau SUV.

Lexus mungkin membina SUV menyerupai Toyota Yaris Cross dengan rekabentuk Lexus yang lebih tajam dan bahagian dalaman lebih mewah.

Buat masa sekarang, inilah segmen yang belum diteroka Lexus kerana ada banyak penerimaan pembeli terhadap crossover kecil. Ini mungkin membantu pengeluar itu menawan semula kumpulan pelanggan lama suatu masa lalu menerusi Lexus CT Hatchback.

Selain itu, kita perlu menunggu hingga 5 Jun depan untuk mengetahu butiran lanjut model baharu itu.

BACA >>> Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM468k!
BACA >>> Toyota Yaris Cross (2023) Hadir dengan 2 Pilihan Enjin, Harga Mula RM91k!

SUMBER:  Jalopnik

Auto Terkini Crossover Foto Acah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LBX Lexus Roda4 SUV teaser Toyota
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.