Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad Lancar, 200 Unit Saja di Pasaran Malaysia!
Roda4

Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad Lancar, 200 Unit Saja di Pasaran Malaysia!

Han OthmanBy Han Othman30/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan trak pikap Ford Ranger Storm Trak 2024 Edisi Terhad pada harga sebelum insurans RM181,888 (Semenanjung) dan RM188,288 (Sabah dan Sarawak).

Trak pikap ini hanya dikeluarkan eksklusif 200 unit sahaja dan pembeli boleh membuat tempahan secara atas talian di shop.sdacford.com.my.

Pengerah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhari (dua dari kanan) berkata;

Sebagai pengedar tunggal Ford di Malaysia, kami menitikberatkan keperluan pelanngan. Ford Ranger Storm Trak 2024 Edisi Terhad ialah model pertama sepertinya dalam pasaran trak pikap yang pasti menarik perhatian mereka yang mencari kenderaan dinamik untuk gaya hidup dinamik.”

Model edisi terhad ini dinaik taraf daripada varian Ranger WildTrak dengan menampilkan pembaharuan dari segi gaya Skema StormTrak pada rupa luaran dan kemasan dalaman.

Luaran

Berikut penampilan luaran Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad:

  • Rim sport 20 inci Asphalt Black (hitam kusam) dengan sedikit aksen merah Race Red.
  • Gril dan bampar Skema StormTrak, lencana, dan liveri baharu.
  • Ada tiga warna pilihan, Arctic White (putih), Meteor Gray (kelabu) dan Ultimate Black (hitam)

Dalaman

  • Kemasan Skema StormTrak menerusi sulaman benang merah Race Red pada papan pemuka.
  • Kerusi sued Miko dengan logo StormTrak, dan sulaman benang merah Race Red.

Ciri

Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad tampil berbeza dan unik dengan inovasi seperti:

  • Sistem Rak Fleksibel (Flexible Rack System) – mampu menampung muatan hingga 80kg (dinamik) dan 250kg (statik).
  • Rel Bumbung Boleh Ayun Posisi (Swing-In-Place Roof Rails) – bar sport boleh digelungsur menggunakan sebelah tangan.
  • Brek Pegun Automatik (ABH)
  • Bantuan Parkir Aktif (APA) 2.0

Dua ciri akhir di atas turut terdapat pada Ranger Raptor dan Everest Titanium.

Trenkuasa

Trak pikap edisi terhadi ini dijana enjin diesel 2.0L Bi-Turbo dengan transmisi automatik 10-kelajuan dan syifter elektronik e-Shifter.

Pembeli yang membuat tempahan berpeluang mendapat jaket perintang angin (windbreaker) Ranger StormTrak yang akan diberikan ketika kenderaan diserahkan.

4x4 Auto Terkini Ford Ranger Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad Ford Ranger StormTrak 2024 Limited Edition Roda4 SDAC-Ford SIME Darby Auto Connexion (SDAC) Trak pikap Trak Pikap 4x4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

06/04/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

06/04/2026
Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
Auto Terkini

Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

04/04/2026
Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
Roda4

#NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

05/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.