• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Ranger Raptor (2022) Lancar 7 Oktober Ini di Sepang!

Ford Ranger Raptor (2022) Lancar 7 Oktober Ini di Sepang!

September 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) rasmi akan melancarkan Ranger Raptor generasi baharu pada 7 Oktober ini di trek Baja di perkarangan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ranger Raptor, yang dibangunkan berasaskan DNA Ford Performance, dikatakan bakal mencipta penanda aras baharu dalam segmen trak pikap off-road prestasi tinggi di Asia Pasifik.

BACA >>> Ford Ranger (2022) Generasi Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM108k!

Ranger Raptor generasi baharu juga digelar sebagai raja segala trak pikap dengan karakter lebih kental, lebih pantas dan lebih menarik. Terdahulu, SDAC membuat kejutan dengan menampilkan Ranger Raptor dalam tempoh kurang 5 minit atas pentas pelancaran Ford Ranger (2022), Julai lalu.

SDAC turut menjemput orang awam, pelanggan Ford dan peminat Ranger mendaftar di laman web SDAC-Ford Malaysia untuk menerima jemputan khas ke acara pelancaran umum pada 7-9 Oktober ini di Sepang nanti.

Anda juga dapat menjadi antara pertama melihat sendiri secara langsung kuasa, prestasi dan aksi mendebarkan Ranger Raptor generasi baharu. Malah, hadirin juga berpeluang mendekati Ranger Raptor, diberi penerangan mengenai dan memandu uji trak pikap itu di trek khas.

Selain itu, beberapa model Ranger dan Everest turut dipamerkan pada acara pelancaran berkenaan serta boleh dipandu uji.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

Artikel Berkaitan

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ford Ranger Raptor (2022), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Roda4, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Trak pikap, Trak pikap Ranger Raptor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my