• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Mustang GT Buka Tahun Baharu dengan Pakej Prestasi Tahap 2

Ford Mustang GT Buka Tahun Baharu dengan Pakej Prestasi Tahap 2

October 24, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD memperkenalkan model Mustang GT versi dipertingkat (facelift) yang kali ini didatangkan dengan Performance Pack Level 2. Pakej naik taraf tersebut diberikan bersama apa yang sedia ditawarkan pek prestasi sedia ada, termasuk tambahan beberapa ciri menarik walaupun pek prestasi pertama tidak sampai setahun di pasaran.

Pasukan jurutera dan pereka Ford menumpukan kepada kemasan luaran menerusi kehadiran spliter depan dengan tambahan berat sebanyak 11kg yang menambah berat beban bawah (downforce) pada 129kmj. Rekabentuk spoiler belakang turut direka semula.

BACA >>> Mod 'Quiet' Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Tambahan lain, kereta pony itu turut menampilkan penambahbaikan ke atas stereng dan menggunakan sistem peredam MagneRide talaan custom, manakala bar stabiliser (belakang dan depan), dan spring (depan dan belakang) ialah 67, 12, 20 dan 13 peratus lebih keras daripada pakej Performance Pack Level 1. 

ford-mustang-gt-performance-pack-level-2-9
ford-mustang-gt-performance-pack-level-2-10
ford-mustang-gt-performance-pack-level-2-17

Akhir sekali, rim 19-inci baharu dipadankan bersama tayar Michelin Pilot Sport Cup 305/30 dan suspensi custom yang menjadikan Mustang GT baharu ini lebih rendah 13mm. Seperti dijangka, Performance Pack Level 2 cuma ditawarkan dalam varian transmisi manual.

BACA >>> 4 Fakta Menarik Tentang Ford Mustang 2018

Tawaran pek prestasi istimewa itu kini dibuka khas buat pemilik Mustang GT seluruh Amerika Utara bermula musim bunga akan datang (tahun hadapan). Harga dijangka lebih mahal berbanding Performance Pack Level 1 dalam sekitar AS$4,000 (RM16,932).

GALERI

FacebookTwitter

Filed Under: Ford, Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang GT (2017), Ford Mustang GT (2018), Kereta, kereta pony, Performance Pack, Performance Pack Level 2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my