Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Mustang Bullit Spesifikasi Eropah, Kuasa Dikurangkan (457hp), Tetapi Masih Buas
Roda4

Ford Mustang Bullit Spesifikasi Eropah, Kuasa Dikurangkan (457hp), Tetapi Masih Buas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Mustang Bullit merentasi Lautan Atlantik yang kini membuka peluang kepada peminat Eropah untuk memiliki salah sebuah kereta pony Amerika Syarikat (AS) edisi istimewa paling popular itu.

Bagaimanapun, kuasa Mustang Bullit versi Eropah ini dihadkan kepada 457hp sahaja berbanding versi asal AS (475hp). Masih berkuasa dan cukup untuk membuatkan si pemandu teruja dengan prestasi jentera yang dijana enjin asal V8 bersesaran 5.0L.

KUASA 457Nm, TORK 529Nm

Enjin V8 menyerlahkan ciri sistem induksi udara terbuka, ambilan manifold dinaik taraf, badan terotel 87mm, dan modul kawalan yang dikalibrasi terus daripada Shelby Mustang GT350. Hasilnya, kuasa 457hp dan tork 529Nm. Bersama transmisi manual 6-kelajuan, jentera muscle ini dimuatkan teknologi suai-rev baharu yang akan mengaktifkan blip terotel secara automatik ketika pemandu menurunkan gear.

BACA >>> Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

Pemilik ditawarkan dua opsyen warna, Shadow Black (hitam) dan warna klasik Highland Green (hijau) bersama padanan rim gaya Torq Thrust 19-inci, kaliper brek Brembo merah, dan aksen krom sekitar gril dan tingkap, serta penutup minyak gaya Bullit.

Kemasan dalaman menyerlahkan kluster instrumen digital dengan skrin 12-inci, tombol gear putih dan trim sulaman hijau pada kerusi, dengan sistem audio premium B&O Play 1000 watt. Ford turut menawarkan opsyen kerusi kulit Recaro berwarna hitam.

Ford Mustang Bullit versi Eropah akan dijual di pasaran bermula penghujung tahun ini. Model itu turut melakukan debut sempena Pameran Motor Geneva (2018) minggu ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Ford Ford Mustang Bullit Ford Mustang Bullit Euro Spec kereta muscle kereta pony Pameran Motor Geneva 2018 Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.