• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Jalin Kerjasama dengan Domino's, Bekalkan Kereta Pandu Sendiri untuk Hantar Pizza

Ford Jalin Kerjasama dengan Domino's, Bekalkan Kereta Pandu Sendiri untuk Hantar Pizza

March 2, 2018 By AI 1 Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Kereta pandu sendiri Ford akan diuji tidak lama lagi dengan usahama servis penghantaran. Ford tidak menggunakan laluan pesaing termasuk Google Waymo dan General Motors (GM), sebaliknya menumpukan kepada pembangunan  kenderaan autonomi.

Fordmemutuskan menjalinkan kerjasama dalam bidang baharu sambil menegaskan, program perintis itu dilancarkan di Miami bersama syarikat francais pizza, Domino. Jadi barisan kereta pandu sendiri Ford akan digunakan sebagai kenderaan penghantaran.

BACA >>> Ford, Domino's Uji Kereta Hantar Pizza Sendiri

Dengan teknologi kepintaran buatan (AI) Argo AI, Ford menggunakan sedan Fusion untuk menghantar pizza kepada pelanggan. Model van dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pula bakal menyusul kemudian.

KERJASAMA BANYAK PIHAK

1519755347677
Ford_delivery-pizza1
Ford_delivery-pizza3
Ford_delivery-pizza1
Ford_delivery-pizza2

Tidak ketinggalan, perkhidmatan kurier, Postmates turut menyertai kerjasama tersebut dan bakal memulakan operasi bulan ini. Selain itu, Ford juga berkerjasama dengan syarikat pengangkutan on-demand, Lyft untuk membangunkan perisian yang membolehkan aplikasi mobil Lyft berkomunikasi dengan platform pandu sendiri Ford dan syarikat penghantaran.

Kerjasama berkenaan dapat mewujudkan rangkaian perkhidmatan kepada pengguna, termasuk pemberian diskaun atau ganjaran khas untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan.Sebagai contoh, dalam kes Lyft, pelanggan boleh menempah kenderaan autonomi Ford menggunakan aplikasi mobil.

BACA >>> Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu 'Careem' Kuasai Tiga Rantau

Selain menambah baik perniagaan Lyft, Ford pula dapat menjana pendapatan melalui operasi mengikut perbatuan. Ia antara langkah bijak yang boleh memaksimumkan potensi pendapatan kenderaan pandu sendiri untuk Ford pada masa akan datang.

Pada bulan Disember lalu, Ford dan Kumpulan Alibaba menandatangani perjanjian sebagai rakan penyelidikan dan perkhidmatan automotif di China, termasuk mengenal pasti peluang baru.

Ford_delivery-pizza2
Starbucks Delivery with Postmates *Private*
LYFT
Postmates-1

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alibaba, Auto Terkini, Domino Pizza, Domino's, Ford, Ford Fusion, kereta autonomi, Lyft, pizza, Postmates, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my