Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford GT ’67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967
Roda4

Ford GT ’67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967

Han OthmanBy Han Othman30/06/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Ogos tahun lalu mendedahkan Ford GT ’67 Heritage Edition sempena penghormatan kepada kejayaan yang dicapai model itu dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada 1967. ’67 Heritage Edition secara mekanikal ialah model Ford GT normal yang menggunakan seragam MkIV GT40 yang pernah menjuarai perlumbaan enduran berprestij tersebut pada 50 tahun lalu.

Dicatkan warna merah, Race Red berkilat dengan strip putih, ’67 Heritage Edition berkongsi skema warna sama dengan MkIV GT40 yang ketika itu dipandu pemandu Amerika Syarikat, Dan Gurney dan A J Foyt. Selain warna tersebut, kereta edisi khas itu turut dilekapkan pelekat nombor satu, strip sisi putih dan pelekat ‘FORD’ di sudut depan gerbang roda belakang. Rim tempaan aluminium 20-inci mendapat kemasan satin perak berserta nat lag hitam.

BACA >>> Mod ‘Quiet’ Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Menjengah ruang kabin, ’67 Heritage Edition menampilkan upholsteri serba hitam dengan trim benang merah, tali keledar merah, pedal anjakan kelabu teranod, trim kerusi kulit baharu, sil pintu gentian karbon matt, konsol tengah gentian karbon matt. Setiap unit ’67 Heritage Edition juga diberikan plat identiti bersiri tersendiri.

Menurut Ford, model edisi terhad itu akan berada di pasaran menjelang 2018.

BACA >>> #RetroAuto: Henry Ford – Lelaki yang Mengubah Industri Automotif

GALERI

SUMBER: Road & Track

24 Hours of Le Mans A J Foyt Dan Gurney Ford Ford GT '67 Heritage Edition Ford GT40 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.